Spotlights
-
TUJUH TAHUN DI LEMBAH MAUT
SpotlightRead MoreLembah Maut adalah metafora perjalanan penuh cabaran dalam dunia perniagaan. Buku ini menceritakan pengalaman Prof. Madya Dr. Mohd Zainizan Sahdan yang menempuh tujuh tahun liku-liku perniagaan, bermula dari seorang penyelidik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia hingga menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Ittihad Maju Jaya Sdn. Bhd., syarikat terbitan universiti ke-15.
Tahun 2017 menjadi titik perubahan apabila beliau memasuki dunia korporat, menghadapi cabaran besar namun tidak pernah berputus asa. Berkat usaha gigih, syarikatnya berjaya memperoleh projek bernilai jutaan ringgit...
