Dimensi Maslahah dalam Pengagihan Zakat

Authors

Hafizi Zikry Hasim
Muhammad Safwan Harun
Muhammad Iklas Rosele

Keywords:

zakat, fiqh, hukum, syariah

Synopsis

Karya ini mengetengahkan satu perbahasan kritikal dan kontemporari berkaitan pengurusan zakat khususnya isu penggunaan konsep maslahah dalam pentakrifan dan pengagihan asnaf zakat di Malaysia. Berteraskan disiplin fiqh dan usul al-fiqh, karya ini menilai aplikasi maslahah yang diamalkan oleh institusi zakat melalui kerangka dan parameter syariah yang telah digariskan oleh para fuqaha. Secara sistematik, karya ini dimulakan dengan perbincangan asas mengenai amalan semasa pengagihan zakat di Malaysia, diikuti dengan huraian komprehensif tentang konsep ma lahah menurut perspektif fiqh, merangkumi definisi, pembahagian serta syaratsyarat penggunaannya dalam proses ijtihad hukum. Teori ini kemudiannya diaplikasikan secara langsung terhadap isu agihan zakat melalui analisis amalan pentakrifan asnaf di Malaysia. Keunikan utama karya ini terletak pada fokus analitikal terhadap tiga asnaf yang paling banyak melibatkan elemen maslahah.
Melalui kajian kes terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), penulis menilai hujah, dasar, serta skim bantuan yang dilaksanakan oleh kedua-dua institusi ini, sekali gus meneliti implikasi hukum dan tadbir urus yang timbul daripada perluasan takrifan asnaf berasaskan maslahah. Karya ini tidak sekadar bersifat deskriptif, bahkan tampil dengan analisis kritikal terhadap implikasi penggunaan maslahah, termasuklah pertembungan antara nas dan maslahah, risiko penyimpangan objektif pengagihan zakat, pengabaian asnaf yang lebih utama, perluasan skim bantuan yang tidak terkawal, serta potensi penyalahgunaan dana zakat. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa walaupun prinsip maslahah mempunyai peranan penting dalam menyesuaikan hukum dengan realiti semasa, penggunaannya tanpa disiplin usul fiqh yang ketat boleh menjejaskan  pensyariatan maqasid zakat. Sebagai sebuah karya ilmiah, buku ini telah memberikansumbangan yang signifikan kepada wacana fiqh zakat kontemporari di Malaysia khususnya dalam usaha menyeimbangkan antara tuntutan fleksibiliti hukum dan keperluan pematuhan kepada prinsip syariah yang tetap. Hal ini bukan sahaja relevan untuk ahli akademik dan penyelidik dalam bidang pengajian Islam, malah boleh menjadi rujukan penting kepada pembuat dasar, pengamal institusi zakat dan pihak berautoriti dalam merangka dasar pengagihan zakat yang lebih berintegriti, telus dan menepati kehendak syarak.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Hidayat Buang, “Kutipan dan Agihan Zakat di Wilayah Persekutuan (1985-1995): Satu Pemerhatian”, Jurnal Syariah 7,2 (1999), 141-156.

Ahmad Shahir bin Makhtar dan Adibah binti Abdul Wahab, “Pengurusan Zakat di Negeri Selangor: Isu dan Cabaran.” Prosiding seminar,

Konvensyen Kebangsaan Perancangan dan Pengurusan Harta dalam Islam 2010, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM, Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM, 14 Julai 2010.

Ahmad Shahir bin Makhtar, “Paradigma Pengurusan Institusi Zakat: Pengalaman Lembaga Zakat Selangor (MAIS).” Kertas kerja,

Persidangan Zakat dan Cukai Peringkat Kebangsaan, Kuala Lumpur, 22-24 Mei 2007.

Ahmad Wira, “Studi Pengelolaan Zakat di Malaysia”, Maqdis: Jurnal Kajian Ekonomi Islam 4, 1 (2019), 1-12. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, (Akta 505, Seksyen 4 No.1).

Published

9 March 2026

Details about the available publication format: PDF

PDF

ISBN-13 (15)

978-629-490-286-2

Physical Dimensions

How to Cite

Hafizi Zikry Hasim, Muhammad Safwan Harun, & Muhammad Iklas Rosele. (2026). Dimensi Maslahah dalam Pengagihan Zakat. Penerbit UTHM. https://publisher.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/589