Menjejaki Keselamatan Bandar Pengalaman dalam Amalan Program Bandar Selamat
Keywords:
Urbanisasi, keselamatan bandar, alam bina, perbandaran.Synopsis
Dalam era urbanisasi pesat, keselamatan bandar menjadi keutamaan yang tidak boleh diabaikan. “MENJEJAKI KESELAMATAN BANDAR PENGALAMAN DALAM AMALAN PROGRAM BANDAR SELAMAT: Bukti Empirikal Daripada Hasil Penyelidikan” membawa pembaca menyelami langkah-langkah dan strategi yang telah diambil untuk meningkatkan keselamatan di bandar-bandar kita. Buku ini menyajikan kajian kes dan analisis mendalam mengenai programprogram keselamatan bandar yang berjaya, serta cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Kandungan buku ini adalah berdasarkan keadaan sebenar di tapak kajian melalui kaedah soal selidik, temubual, perbincangan kumpulan berfokus dan pemerhatian. Dengan pendekatan yang komprehensif dan berlandaskan data, buku ini merupakan rujukan penting bagi penggubal dasar, perancang bandar, dan sesiapa sahaja yang berminat untuk memahami dan meningkatkan keselamatan dalam persekitaran bandar. Ia juga sesuai sebagai bahan rujukan kepada para pelajar di dalam bidang alam bina dan persekitaran teruatamanya dalam bidang Senibina, Perancangan Bandar, Senibina Landskap dan Perbandaran. Temui kisah pengalaman dan kejayaan dari bandar-bandar yang telah berjaya mengubah wajah keselamatan mereka.
Downloads
References
Ahmad Kamil, Mohamed. (2006). Bandar Bebas Jenayah. Utusan Malaysia, 14 Ogos. Tarikh capaian pada 09 Disember 2007 dari http://www.utusanonline.com.my
Ahmad, A., Masron, T., Ringkai, E., Barawi, M. H., Salleh, S., Jubit, N., 2024. Analisis ruangan Hotspot jenayah pecah rumah di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun 2015-2020. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space. 20(1), 49-67. © 2024, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2024-2001-04.
Ahmad Nazri, M,L., Norsiah, A.A., Nooraini, H,Y., & Wan, J,W,A,R. (2013). Impacts of urban land use on crime patterns through GIS application. Planning Malaysia
Geospatial Analysis in Urban Planning, II, 1-22.
Ahmad, N. A., & Zainab, K. (2009). Kepentingan Program Bandar Selamat Sebagai asas keselamatan industri pelancongan di bandaraya Johor Bahru. Jurnal Teknologi, 51(E), Dis. 2009, 123-137.
Ali, N. E. (2007). Pembangunan Komuniti di dalam Perlaksanaan Konsep Bandar Selamat Kajian Kes: Bukit Jelutong, Seksyen U8, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Universiti Teknologi Malaysia.
