Antologi Puisi Aksara
Keywords:
Antologi, Melayu, kontemporari, aksara, sasteraSynopsis
Antologi Ini menampilkan seuntaian sejumlah 32 buah sajak, sajak-sajak yang lahir dari rasa hati dan jiwa yang mencuba sebilang masa untuk menghadam memahami Inspirasi dan naluri gelora tabula rasa kemanusiaan yang terdiri menyatu dalam kepelbagalan tema serta persoalan yang mendekat dengan diri penyajak laitu tentang kehidupan. perjuangan, derita dan hiba, suka dan duka, cinta, persekitaran rasa, melaksa nasional, melangit global, kasih, sunyi, sepi, kemanusiaan dan kekeluargaan. simpati serta empati kemanusiaan. Semoga sedikit tulus usaha tidak seberapa ini mampu menyemarakkan dunia puisi pertiwi dan berasa yakin bahawa puisi akan terus segar membugar mekar di pertiwi berdaulat mahupun kampus yang malar segar dengan warna warni korpus kellmuan sarjananya setidaknya inilah buah tangan kecil penulis untuk kampus tercinta dan pertiwinya digarap lakar melalui kata kata puitis estetika bersalut jutaan makna. Akhir kata dengan rasa rendah hati di ucapkan jutaan terima kasih teramat bermakna bersandar harapan buku ini dapat memberikan manafaat terhadap pembaca dan dapatlah sedikit sebanyak menghibur ceria MINDA DALAMAN pembaca dalam membugarkan DERIA RASA simpati SEKALIGUS mengukir rasa empati diri dan sekitarnya.
Chapters
-
Antologi Puisi Aksara
Downloads
