151 CATATAN CUTI DI JATIM (BUKAN TOUCH N GO)

Authors

Khairunesa Isa

Keywords:

Perjalanan, kehidupan, kreativiti, kemanusiaan

Synopsis

151 Catatan Cuti di JATIM (bukan touch n go) menghimpunkan renungan dan pengalaman sepanjang tempoh akademik penulis di bumi Jawa
Timur. la bukan sekadar catatan perjalanan, tetapi rakaman rasa, pandang dan fikir tentang kehidupan, alam, manusia dan nilai. Melalui lensa telefon bimbit dan hati yang terbuka, penulis menelusuri pelbagai sisi ekonomi, budaya dan kemanusiaan dari pasar kecil yang sarat kreativiti hingga wajah masyarakat yang hidup sederhana namun penuh makna. Setiap catatan membawa pembaca menyusuri hikmah kecil di sebalik rutin, bekerja, berehat dan mencari erti kesejahteraan sebenar.
Buku ini merakam lebih daripada sekadar langkah cuti. la adalah perjalanan jiwa tentang melihat dengan mata, memahami dengan hati dan merenung dengan akal. Setiap gambar dan nota menjadi ajakan halus untuk kita menilai semula makna kemajuan, ketahanan serta kebersahajaan dalam kehidupan moden. Ada sisi positif dalam setiap gambar yang kabur, dan ada nilai berharga yang dikutip untuk diterjemah dalam wajah yang lebih baik demi manfaat bersama dua negara.
Sebuah buku reflektif yang sederhana namun sarat makna, 151 Catatan Cuti di JATIM (bukan touch n go) mengajak pembaca berjalan perlahan, berfikir dan kembali menemukan diri.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

1 June 2026

Details about the available publication format: PDF

PDF

ISBN-13 (15)

978-629-490-312-8

Physical Dimensions

How to Cite