Kemahiran Menvisualisasi Ruang Dalam Kalangan Pelajar Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

  • Fatimah Ismail Kemahiran Menvisualisasi Ruang Dalam Kalangan Pelajar Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Fatimah Binti Ismail & Dr. Normah Binti Zakaria Faculty of Technical and Vocational Education, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Normah Zakaria Faculty of Technical and Vocational Education, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Keywords: Menvisualisasi, Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Menvisualisasi Ruang

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap keupayaan menvisualisasi ruang atau spatial visualisation bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Aspek-aspek yang dikaji adalah untuk melihat tahap kemahiran menvisualisasi ruang berdasarkan imej mental, proses menvisualisasi dan keupayaan menvisualisasi. Selain itu, hubungan di antara pencapaian kemahiran menvisualisasi ruang dengan pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Seni Visual dan perbezaan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap tahap pencapaian kemahiran menvisualisasi ruang. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah kajian kuantitatif. Ujian Kemahiran Menvisualisasi Ruang atau Spatial Visualisation Ability Test Instrument (SVATI) serta pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Seni Visual merupakan instrumen yang telah digunakan. Kajian ini melibatkan 145 orang pelajar tingkatan 4 SMK Datin Onn Jaafar, Batu Pahat, Johor yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Seterusnya dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 20 untuk menganalisis skor min, Kolerasi Pearson dan juga kaedah ujian-T (independent-sample-t-test). Daripada hasil kajian mendapati bahawa tahap keupayaan menvisualisasi ruang imej mental, proses menvisualisasi dan keupayaan menvisualisasi bagi keseluruhan responden berada pada tahap baik dan terdapat hubungan positif yang sederhana di antara tahap kemahiran menvisualisasi ruang dengan tahap pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Seni Visual. Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran menvisualisasi ruang antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Hasil penyelidikan diharapkan dapat memberi kesedaran terhadap kemahiran menvisualisasi ruang terhadap pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
08-09-2016
How to Cite
Ismail, F., & Zakaria, N. (2016). Kemahiran Menvisualisasi Ruang Dalam Kalangan Pelajar Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual . Online Journal for TVET Practitioners, 1(1). Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4757
Section
Articles