Koswer Pembelajaran Interaktif Bagi Topik Pengaturcaraan Komputer
Keywords:
Koswer, pengaturcaraan komputer, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)Abstract
Selaras dengan perkembangan bidang teknologi maklumat dan multimedia, pelbagai inisiatif yang diimplimentasikan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran ketika ini. Pengaturcaraan adalah suatu kaedah memberi arahan atau perintah kepada komputer untuk menjalankan sesuatu tugas dan kaedah pemberian arahan atau perintah pada asasnya adalah dalam bentuk kod binari. Kajian ini bertujuan merekabentuk dan membangunkan produk koswer bagi topik Pengaturcaraan Komputer. Model reka bentuk pembangunan produk ini adalah berdasarkan ADDIE dimana lima (5) fasa terlibat iaitu (i) fasa analisis; (2) fasa reka bentuk; (iii) fasa pembangunan; (iv) fasa perlaksanaan; dan (v) fasa penilaian. Populasi kajian ini adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) yang mengambil topik Pengaturcaraan Komputer. Tujuan koswer ini dibangunkan adalah untuk memberi pendedahan awal tentang ilmu programming kepada pelajar baru dan juga dapat memahami dengan lebih mendalam berkenaan topik pengaturcaraan komputer seperti function dan array. Diharapkan agar koswer bagi topik pengaturcaraan ini dapat digunakan dan dipraktikan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).