Efikasi kendiri, Kemahiran Employabiliti dan Pemilihan Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Kolej Vokasional
Keywords:
Efikasi kendiri, kemahiran employabiliti, pemilihan kerjayaAbstract
Perkembangan teknologi hari ini telah membuka peluang yang luas kepada para graduan untuk menempatkan diri dalam alam pekerjaan. Namun, isu pengangguran masih membelenggu graduan teknikal negara ini kerana mereka tidak mempunyai keyakinan untuk menceburi bidang kerjaya. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap efikasi kendiri, kemahiran employabiliti pelajar kolej vokasional dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya mereka. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan yang melibatkan 106 orang pelajar tahun tiga di kolej vokasional. Soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data. Dapatan kajian mendapati efikasi kendiri pelajar adalah tinggi manakala kemahiran employabiliti pula pada kadar sederhana. Statistik inferensi dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara efikasi kendiri dan kemahiran employabiliti degan pemilihan kerjaya pelajar. Hasil analisis mencatatkan efikasi kendiri dan kemahiran employabiliti terdapat hubungan yang positif dan kuat antara efikasi kendiri dan kemahiran employabiliti dengan pemilihan kerjaya pelajar. Kesimpulannya, tahap efikasi kendiri pelajar kolej vokasional adalah tinggi dan ini wajar dikekalkan manakala kemahiran employabiliti mereka pula perlu ditingkatkan dengan penerapan yang lebih berkesan dan membuktikan bahawa efikasi kendiri dan kemahiran employabiliti pelajar mempengaruhi mereka untuk lebih cenderung memilih kerjaya dalam bidang yang sama dengan kursus yang sedang diikuti.
Kata Kunci: Efikasi kendiri, kemahiran employabiliti, pemilihan kerjaya