Pembangunan Koswer Unit Pemprosesan Pusat (CPU) bagi Subjek Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
Development of Central Processing Unit (CPU) Courseware for Information Technology in Education subjects
Keywords:
Koswer, Unit Pemprosesan Unit (CPU), Teknologi maklumat dalam pendidikanAbstract
Koswer Unit Pemprosesan Pusat (CPU) ini dibangunkan dengan tujuan untuk memudahkan para pengguna khususnya pelajar yang mengambil subjek BBD10803 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Para pelajar akan mudah mengenali dan memahami sistem CPU seperti Cip Mikro Pemprosesan, Ingatan, Pewakilan Data, dan Unit Sistem. Dengan menggunakan teknologi multimedia, koswer CPU ini juga dapat memberi satu kemudahan kepada pelajar untuk belajar di mana sahaja tanpa mengira masa dan juga memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Pembangunan koswer CPU ini adalah berdasarkan model Hannafin dan Peck dan menggunakan perisian Adobe Flash CS6 sebagai platform utama bagi membangunkan koswer ini. Pakar yang dipilih adalah seramai lima (5) orang pakar berpengalaman lebih daripada 10 tahun mengajar. Dapatan kajian menunjukkan reka bentuk pembangunanan koswer Unit Pemprosesan Pusat (CPU) bagi subjek Teknologi Maklumat dalam Pendidikan dapat dibangunkan dan memenuhi penilaian terhadap pakar-pakar yang terlibat. Kesimpulannya, pembangunan koswer ini dapat digunakan kepada pelajar yang mengambil kursus Teknologi Maklumat dalam Pendidikan.