Pembangunan Koswer Unit Pemprosesan Pusat (CPU) bagi Subjek Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Development of Central Processing Unit (CPU) Courseware for Information Technology in Education subjects

Authors

  • Norhasyimah Hamzah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Arihasnida Ariffin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Siti Nur Kamariah Rubani Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Fazrulhelmi Ahmad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Koswer, Unit Pemprosesan Unit (CPU), Teknologi maklumat dalam pendidikan

Abstract

Koswer Unit Pemprosesan Pusat (CPU) ini dibangunkan dengan tujuan untuk memudahkan para pengguna khususnya pelajar yang mengambil subjek BBD10803 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Para pelajar akan mudah mengenali dan memahami sistem CPU seperti Cip Mikro Pemprosesan, Ingatan, Pewakilan Data, dan Unit Sistem. Dengan menggunakan teknologi multimedia, koswer CPU ini juga dapat memberi satu kemudahan kepada pelajar untuk belajar di mana sahaja tanpa mengira masa dan juga memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Pembangunan koswer CPU ini adalah berdasarkan model Hannafin dan Peck dan menggunakan perisian Adobe Flash CS6 sebagai platform utama bagi membangunkan koswer ini. Pakar yang dipilih adalah seramai lima (5) orang pakar berpengalaman lebih daripada 10 tahun mengajar. Dapatan kajian menunjukkan reka bentuk pembangunanan koswer  Unit Pemprosesan Pusat (CPU) bagi subjek Teknologi Maklumat dalam Pendidikan dapat dibangunkan dan memenuhi penilaian terhadap pakar-pakar yang terlibat. Kesimpulannya, pembangunan koswer ini dapat digunakan kepada pelajar yang mengambil kursus Teknologi Maklumat dalam Pendidikan.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Norhasyimah Hamzah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

    Department of Professional Education,

    Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,

Downloads

Published

30-09-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Hamzah, N., Ariffin, A., Rubani, S. N. K. ., & Ahmad, F. (2021). Pembangunan Koswer Unit Pemprosesan Pusat (CPU) bagi Subjek Teknologi Maklumat dalam Pendidikan: Development of Central Processing Unit (CPU) Courseware for Information Technology in Education subjects. Online Journal for TVET Practitioners, 6(2), 100-107. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/6167

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2