Tahap Kemahiran Visualisasi Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Di UTHM

Authors

  • Arihasnida Ariffin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nurazmiera Mhd Razali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Norhasyimah Hamzah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Tamil Selvan Subramaniam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Siti Nur Kamariah Rubani Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Kemahiran visualisasi, Pendidikan Teknik dan Vokasional, Ujian SVAT

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran visualisasi pelajar di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK). Visualisasi adalah merujuk kepada keupayaan minda seseorang individu untuk menterjemahkan sesebuah objek kepada bentuk 2D atau 3D. Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan dan menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 90 orang pelajar yang terlibat di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang mempelajari mata pelajaran LK. Ianya terdiri daripada pelajar jurusan Binaan Bangunan, Kimpalan dan pemesinan Am. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini bagi mengukur tahap kemahiran visualisasi pelajar adalah dengan menggunakan ujian Spatial Visualization Ability Test (SVAT). Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui Ujian-t, Skor Min dan Analysis of Varians (ANOVA). Seterusnya dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For The Social Science (SPSS) versi 2.1. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tahap kemahiran visualisasi pelajar berada pada tahap yang rendah iaitu sebanyak 54% pelajar berada pada tahap yang lemah dan mendapat markah dalam lingkungan 0-40 markah. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kemahiran visualisasi pelajar dalam mata pelajaran LK mengikut jurusan antaranya ialah pelajar Binaan Bangunan, Kimpalan dan Pemesinan Am. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina iaitu pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam kemahiran visualisasi bagi mata pelajaran LK. Semoga hasil daripada kajian ini akan dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa kemahiran visualisasi adalah merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan terutama dalam bidang kejuruteraan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

14-09-2017

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ariffin, A., Mhd Razali , N. ., Hamzah , N. ., Subramaniam, T. S., & Rubani, S. N. K. . (2017). Tahap Kemahiran Visualisasi Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Di UTHM. Online Journal for TVET Practitioners, 2(2). https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4772

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>