Reka Bentuk Instriksional Perisian Multimedia Interaktif KHB Pilihan (ERT) Tingkatan 2 Bertajuk Jahitan

Authors

  • Rafidah Ahmat Miskam Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mimi Mohaffyza Mohamad Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Perisian Multimedia Interaktif, Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB), Ekonomi Rumah Tangga (ERT), Model ADDIE, Teori Konstruktivisme

Abstract

Pembinaan perisian multimedia untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan menjelang abad ke-21. Sehubungan dengan itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membangunkan, menguji dan menilai satu perisian multimedia interaktif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 2 bertajuk Jahitan. Proses pembangunan perisian multimedia ini adalah berlandaskan Model ADDIE sebagai panduan. Teori Pembelajaran Konstruktivisme turut diaplikasikan dalam reka bentuk pembangunan perisian multimedia ini. Abobe Flash CS6 Professional merupakan perisian pengarangan utama yang digunakan. Sementara, Adobe Photoshop CS4 dan Windows Movie Maker Live digunakan untuk tujuan penyuntingan grafik dan video. Seramai 2 orang pakar bidang dan 3 orang pakar media telah terlibat dalam menilai kesesuaian perisian multimedia dari aspek reka bentuk isi kandungan, interaksi dan persembahan untuk tujuan pembelajaran pelajar. Kajian ini turut melibatkan seramai 70 orang pelajar Tingkatan 2 yang mengambil mata pelajaran KHB Pilihan (ERT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, Batu Pahat, Johor sebagai responden bagi mengenal pasti tahap penerimaan mereka terhadap perisian tersebut dari aspek yang sama. Analisis deskriptif dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai digunakan dalam tatacara penganalisaan data. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penilaian pakar dan penerimaan pelajar terhadap perisian multimedia yang dibangunkan dari aspek reka bentuk isi kandungan, interaksi dan persembahan berada pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, dapatan ini menunjukkan penerimaan yang positif daripada pakar dan pelajar terhadap pembelajaran menerusi Perisian Multimedia Interaktif KHB Pilihan (ERT) Bertajuk Jahitan ini. Pengintegrasian elemen multimedia sebagai sokongan penyampaian dan pengaplikasian teori konstruktivisme dalam reka bentuk perisian multimedia interaktif ini terbukti dapat meningkatkan kefahaman dan menarik minat pelajar dalam pembelajaran tajuk Jahitan ini dan seterusnya hendaklah dilanjutkan kepada tajuk atau mata pelajaran yang lain. Hal ini demikian kerana keupayaannya yang berpotensi meningkatkan pengalaman pembelajaran individu terutamanya pada era teknologi maklumat yang semakin pesat melenia ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

15-03-2017

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ahmat Miskam, R., & Mohamad, M. M. (2017). Reka Bentuk Instriksional Perisian Multimedia Interaktif KHB Pilihan (ERT) Tingkatan 2 Bertajuk Jahitan . Online Journal for TVET Practitioners, 2(1). https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4766

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>