Penerapan Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Mata Pelajaran Teknikal Sekolah Menengah Harian

Authors

  • Radin Nur Iftitah Radin Sharuddin Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mimi Mohaffyza Mohamad Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Ma laysia

Keywords:

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Mata Pelajaran Teknikal, Guru Teknikal Pengetahuan, Pelaksanaan Strategi Pengajaran, Amalan Refleksi Diri, Penerapan Elemen KBAT

Abstract

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan guru-guru teknikal di Sekolah Menengah Harian Daerah Batu Pahat terhadap penerapan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berdasarkan aspek pengetahuan, pelaksanaan strategi pengajaran, amalan refleksi diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jumlah responden yang terlibat adalah seramai 160 orang guru bidang teknikal Sekolah Menengah Harian. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama dalam kajian ini. Analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, tahap pelaksanaan strategi pengajaran, tahap amalan refleksi diri dan tahap penerapan adalah tinggi dalam pengajaran elemen KBAT di dalam bilik darjah. Selain itu, analisis inferensi menggunakan pekali Korelasi Pearson turut digunakan bagi mengenal pasti hubungan aspek pengetahuan, pelaksanaan strategi pengajaran dan amalan refleksi diri guru dengan penerapan elemen KBAT di dalam bilik darjah. Hasil kajian mendapati bahawa, terdapat hubungan yang signifikan antara aspek pengetahuan, pelaksanaan strategi pengajaran dan amalan refleksi diri guru dengan penerapan elemen KBAT dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Secara keseluruhannya, dapatan ini menunjukkan bahawa guru-guru teknikal di Sekolah Menengah Harian telah bersedia dalam pengajaran elemen KBAT dan memenuhi aspirasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk memperkasakan pemikiran aras tinggi dalam kalangan pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Issue

Section

Articles

How to Cite

Radin Sharuddin, R. N. I., & Mohamad, M. M. (2017). Penerapan Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Mata Pelajaran Teknikal Sekolah Menengah Harian. Online Journal for TVET Practitioners, 2(1). https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4765

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>