E-Pengurusan Jenazah: Pembangunan Sistem Pengurusan Jenazah dan Khairat Kematian di Mukim Bakri

Authors

  • Mariam Abdul Hamid
  • Nurul Fatihah Mohd Zahari Center for Diploma Studies, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nurhafizah Azmy
  • Nur Ain Mohd Ariffin

Keywords:

Kematian, Perkuburan, Imam, Pengurusan Jenazah

Abstract

Tujuan pembangunan ini adalah untuk menggantikan sistem manual yang sedia ada dan digantikan dengan sistem yang beraskan web. Sistem ini mengambil kira aspek pengurusaan kafan, perkuburan dan khairat kematian E-Pengurusan Jenazah : Sistem Pengurusan Jenazah dan Khairat Kematian sedikit sebanyak akan membantu pengguna untuk berhubung dengan pihak Pejabat Agama Islam untuk menguruskan jenazah ahli keluarga mereka dengan lebih mudah dan cepat. Dalam erti kata lain, e-pengurusan jenazah bertindak sebagai pusat sehenti dalam pengurusan jenazah. Selain itu, jangka hayat data juga tidak akan kekal lama disebabkan bebrapa faktor seperti kehilangan data, pertindihan data dan memerlukan masa yang lama untuk mencari data yang lama. Pendekatan Model Air Terjun(Waterfall Model) telah digunakan semasa pembuatan sistem ini. Di samping itu, pihak Pejabat Agama Islam Muar juga dapat melakukan dan menyelesaikan tugas mereka lebih cekap berbanding kaedah manual sebelum ini. Seramai 35 responden telah menjawab soal selidik yang telah disediakan. Hasil daripada maklum balas, didapati majoriti responden telah bersetuju bahawa sistem ini  telah memudahkan serta  membantu pengguna dan pihak Pejabat Agama Islam Muar untuk pengurusan jenazah. Diharapkan sistem ini dapat memberi membantu pengguna dan pihak Pejabat Agama Islam Muar dalam pengursan jenazah dan khairat kematian.

Downloads

Published

08-05-2023

Issue

Section

Information Technology

How to Cite

Abdul Hamid, M. ., Mohd Zahari, N. F., Azmy, N., & Mohd Ariffin, N. A. (2023). E-Pengurusan Jenazah: Pembangunan Sistem Pengurusan Jenazah dan Khairat Kematian di Mukim Bakri. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 4(3), 137-144. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/8031

Most read articles by the same author(s)