SPKDS: Pembangunan Sistem Berasaskan Web Bagi Meningkatkan Kualiti Pendaftaran Kelas dan Subjek Sekolah Menengah
Keywords:
school registration, class registration, access to student informationAbstract
Sistem ini adalah bertujuan mengkaji kebolehan sistem yang sedia ada untuk dinaik taraf bagi menjadikan sistem yang bakal dibangunkan ini lebih sistematik. Sistem Pendaftaran Kelas dan Subjek Sekolah Menengah (SPDKS) adalah sistem yang bakal menggantikan sistem manual. Sistem ini mengambil kira aspek pengurusan iaitu maklumat pelajar dan akademik, serta pemarkahan. SPKDS ini secara tidak langsung membantu para guru dari segi menyimpan data pelajar, pembahagian kelas dan subjek secara automatik mengikut pencapaian masingmasing. Sekiranya pihak sekolah masih menggunakan penyimpanan data pelajar secara manual ianya kurang berkesan dan masa yang diambil untuk capaian data berkenaan memakan tempoh yang lama. Jangka hayat data juga tidak begitu lama dengan beberapa faktor seperti kehilangan data, jangka hayat fail, dan faktor lain yang menjadikan sistem fail manual tidak begitu berkesan untuk digunakan pada masa kini. Pendekatan model pembangunan Analysis, Design, Development, Implement, Evaluation (ADDIE) telah digunakan sebagai garis panduan bagi membangunkan sistem ini. Oleh yang demikian, dengan adanya SPKDS pihak sekolah dapat membuat carian ke atas pelajar dengan lebih cekap. Selain itu, perekodan ke atas pelajar dapat dilakukan dengan cekap berbanding secara kaedah manual iaitu menggunakan dokumen. Diharapkan sistem ini dapat memberikan kemudahan kepada pihak sekolah ketika melakukan pendaftaran ke atas pelajar yang terdapat di sekolah tersebut mengikut keputusan peperiksaan, subjek dan kelas.