Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keterlibatan Pelajar Bidang Teknologi Kimpalan Dalam Ko-Kurikulum di Kolej Vokasional
Factors that Influence Welding Technology Students’ Involvement in Co-Curriculum at Vocational College
Keywords:
Keterlibatan, Ko-kurikulum, Kolej VokasionalAbstract
Ko-kurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum asas yang melibatkan kegiatan atau aktiviti di luar kelas selain daripada subjek akademik yang wajib dipelajari oleh pelajar. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar dalam ko-kurikulum, tetapi kajian tentang penentuan faktor pengaruh terhadap keterlibatan pelajar dalam bidang Teknologi Kimpalan dalam ko-kurikulum dalam konteks kolej vokasional masih kurang. Oleh sebab itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar bidang Teknologi Kimpalan dalam ko-kurikulum di Kolej Vokasional. Kajian ini melibatkan seramai 101 orang responden yang terdiri daripada pelajar Teknologi Kimpalan di sebuah Kolej Vokasional di negeri Johor. Proses pengumpulan data dilaksanakan dengan menggunakan borang soal selidik. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar dalam ko-kurikulum berada padat tahap yang tinggi iaitu faktor guru (min = 3.84, SP = 0.79), faktor minat (min = 3.87, SP = 0.78), faktor kemudahan (min = 3.88, SP = 0.81) dan faktor akademik (min = 3.88, SP = 0.78). Manakala, ujian regresi menunjukkan faktor guru merupakan satu-satunya faktor dominan yang signifikan [t(100) = -2.176, p<0.05)] yang mempengaruhi keterlibatan pelajar dalam ko-kurikulum. Sebagai kesimpulam, guru seharusnya bertindak lebih proaktif dan memainkan peranan yang lebuh berkesan supaya keterlibatan pelajar bidang Teknologi Kimpalan dalam ko-kurikulum di Kolej Vokasional lebih aktif dan bermakna.