Tahap Kepuasan Guru Terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Perbezaan Persepsi Dalam Kalangan Guru Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

Authors

  • Siaw Chee Chong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Chee Sern Lai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Tahap kepuasan, guru, pentaksiran berasaskan sekolah, persepsi, Satisfaction level, teacher, school-based assessment, perception

Abstract

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kepuasan guru terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di sekolah menengah harian biasa di Sarawak. Seramai 242 orang guru yang mengajar KHB di sekolah menengah harian biasa dari lima bahagian terpilih di negeri Sarawak dipilih sebagai sampel bagi kajian ini. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik untuk pengumpulan data. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil analisis menunjukkan bahawa skor min keseluruhan bagi kepuasan guru terhadap pelaksanaan PBS berada pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan antara tahap kepuasan guru terhadap pelaksanaan PBS berdasarkan faktor demografi. Hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan bagi pihak berkuasa dalam usaha mengoptimumkan tahap kepuasan guru dalam pelaksanaan PBS.

 

Abstract: This research was conducted to determine the satisfaction level towards School-Based Assessment (SBA) in Integrated Living Skills (ILS) subject among school teachers from ordinary secondary schools in Sarawak. A total of 242 teachers, who teach ILS, from five selected districts were involved in this research. Survey design was used in the present research in which a set of questionnaire was developed for data collection. The collected data was analysed using both descriptive and inferential statistics. The findings indicated that the satisfaction towards SBA implementation was at a medium level. In addition, the analysis outcomes did not reveal significant difference between different demographic groups in terms of satisfaction. The present research findings can be utilized as a guideline for relevant authorities to improve the satisfaction of teachers towards SBA implementation.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-10-2019

Issue

Section

Articles

How to Cite

Chong, S. C., & Lai, C. S. (2019). Tahap Kepuasan Guru Terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS): Perbezaan Persepsi Dalam Kalangan Guru Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Online Journal for TVET Practitioners, 4(2), 30-34. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/5089