Pembangunan Modul Interatif (I_Modul) Berdasarkan Rekabentuk Instruksi Bagi Kursus BaikpulihDan Senggaraan Komputer Di Kolej Komuniti Jasin

Authors

  • Normadiah Mohamad Faculty of Technical and Vocational Education, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Marlina Mohamad Faculty of Technical and Vocational Education, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Modul interaktif (I_Modul), rekabentuk, elemen multimedia, pembelajaran kendiri

Abstract

Kajian ini adalah tentang penghasilan modul pembelajaran elektronik iaitu Modul Interaktif (I_Modul) bagi Kursus Baik Pulih dan Senggaraan Komputer untuk kegunaan pembelajaran kendiri pelajar Semester 2 Program Sijil Sistem Komputer dan Sokongan di Kolej Komuniti Jasin, Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul Interaktif (I_Modul) ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Flash MX. Tujuan kajian ini adalah untuk merekabentuk papan cerita, membangunkan dan menentusahkan tahap kebolehgunaan Modul Interaktif (I_Modul) yang telah dihasilkan daripada gabungan elemen multimedia. oleh pakar kurikulum dan rekabentuk serta mendapatkan maklumbalas daripada pelajar. Responden ini terdiri daripada 30 orang pelajar Semester 2 Program Sijil Komputer dan Sokongan yang mengikuti Kursus Baik Pulih dan Senggaraan Komputer, 5 orang pakar multimedia dan 5 orang pakar kurikulum. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan Microsoft Excell 2010 untuk mendapatkan nilai skor min. Dapatan kajian menunjukkan tahap kebolehgunaan Modul Interaktif (I_Modul) dari segi isi kandungan, rekabentuk dan mesra pengguna (interaktif) adalah tinggi. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan elemen-elemen multimedia yang digunakan dalam membangunkan Modul Interaktif (I_Modul) adalah sangat sesuai dan Modul Interaktif (I_Modul) ini juga sesuai digunakan untuk pembelajaran kendiri.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohamad, N., & Mohamad, M. (2017). Pembangunan Modul Interatif (I_Modul) Berdasarkan Rekabentuk Instruksi Bagi Kursus BaikpulihDan Senggaraan Komputer Di Kolej Komuniti Jasin. Online Journal for TVET Practitioners, 2(1). https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4764