Pembangunan E-Modul Pembelajaran Enjin Diesel Untuk Kursus Teknologi Automotif

Authors

  • Khairol Azwar Mazin Faculty of Technical and Vocational Education, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia
  • Marlina Mohamad Faculty of Technical and Vocational Education, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia

Keywords:

Pembangunan E-modul, pembelajaran, kursus teknologi automotif, kolej vokasional

Abstract

Penyelidikan ini adalah untuk membangunkan satu reka bentuk e-modul pembelajaran pelajar kursus Teknologi Automotif di kolej vokasional. Tujuan penyelidikan ini adalah bagi mengenalpasti kesesuaian elemen yang digunakan dalam modul dan reka letak papan cerita yang dibangunkan. Penggunaan e-modul dalam modul vokasional ini dapat memudahkan pemahaman pelajar dan cemerlang di dalam pentaksiran kompetensi. Modul menggunakan Model ADDIE sebagai model dan prinsip pembangunan bahan multimedia serta prinsip hueristik kebolehgunaan bagi pembangunan modul interaktif ini. Proses pembangunan modul menggunakan perisian CourseLab, Audacity, Freemake Video Converter, GIMP yang merupakan antara perisian percuma dan perisian sumber terbuka. Hasil pembangunan modul diuji sebanyak dua kali ke atas seramai 30 orang pelajar Kursus Teknologi Automotif yang terlibat di dalam penyelidikan ini dan 7 orang pensyarah dari kolej vokasional dipilih sebagai responden kajian. Soal selidik digunakan sebagai instrumen oleh pengkaji dalam kajian ini. Set soal selidik ini terdiri dari tiga set iaitu untuk kesesuaian elemen modul, kesesuaian papan cerita dan pembangunan e-modul pembelajaran. Soalan-soalan yang dikemukakan pada ketiga-tiga set akan dijawab berdasarkan skala likert. Maklumat dan data yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Kesimpulan daripada data dan maklumat yang diperolehi menunjukkan satu e-modul pembelajaran dapat dibangunkan dengan mempunyai aspek rekabentuk (skor min = 4.74), aspek persembahan (skor min = 4.67) dan aspek mesra pengguna (skor min = 4.69) yang dapat menarik minat belajar berdasarkan pada purata keseluruhan skor min.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

08-09-2016

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mazin, K. A. ., & Mohamad, M. . (2016). Pembangunan E-Modul Pembelajaran Enjin Diesel Untuk Kursus Teknologi Automotif . Online Journal for TVET Practitioners, 1(1). https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4752