Skip to main content

Pelancongan Pulau di Malaysia

Transisi Kerjaya Pendidikan Khas Vokasional: Teori dan Amalan

Penulis: Mohamad Hisyam Mohd. Hashim, Siti Nor Idayu Mohd. Nassir

Harga: 24.00

ISBN: 978-967-2110-45-3 

Tahun terbitan: 2017

Bil. muka surat: 128 muka surat

Buku ini ditulis sebagai panduan kepada para guru, keluarga, MBPK dan masyarakat tentang pendekatan yang boleh digunakan dalam membantu MBPK MP menentukan masa depan kerjaya dan kehidupan mereka. Buku ini ditulis berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap pelaksanaan Program Transisi Kerjaya (PTK) MBPK MP di sekolah yang telah dapat melahirkan murid yang mampu mendapat dan mengekalkan pekerjaan hasil daripada program tersebut.

Buku ini membincangkan dan menjelaskan tentang tujuh amalan dalam pelaksanaan PTK untuk MBPK MP iaitu persekolahan, perancangan berpusatkan murid, struktur program, kolaborasi bersama institusi pendidikan vokasional awam, swasta dan industri, penglibatan keluarga, perkembangan murid dan kesediaan pengalaman kerja murid. Selain itu, perkara yang dikupas di dalam buku ini juga adalah berkaitan penglibatan industri dalam pelaksanaan PTK tersebut yang boleh dijadikan panduan dalam pelaksanaannya. Seterusnya, cabaran dalam pelaksanaan PTK turut dijelaskan yang membawa kepada pelbagai cadangan penambahbaikan program.

Anuran Of Taman Negara Johor Endau Rompin

anuran-650x900.png


Anuran Of Taman Negara Johor Endau Rompin

• ISBN : 978-967-0764-58-0

• Penulis :Maryati Mohamed, Muhammad Taufik Awang , Kueh Boon Hee, Lili Tokiman

• Bil. muka surat  100 muka surat

• Harga : RM40.00

• Tahun terbitan : 2016

This book tries to capture the beauty of anurans (frog and toads) in all aspects; morphology and ecology as well as to give the people new knowledge about anuran. This book is good for those who want to learn more about the anuran. The importance of the frogs and toads in Malaysia, particularly at Taman Negara Johor Endau-Rompin (TNJER) is manifold. 

Firstly, it is an indicator of the pristine characteristics of the tropical rain forest is with high humidity, and abundant water bodies. Temperature also indirectly affect the frog and toad diversity. Secondly, some frog species are used as food sources for local ethnic, which may become a problem to the conservation effort of the park management. Thirdly its potential to be established in raising awareness on biodiversity and educating people on diversity is worth its conservation.

Elsewhere frog also be found to be useful as one of the product for the tourism. If anything close is to be continued in the park is that some species are endemic to this forest reserve. Conservation and preservation effort for the living things in this forest reserve especially the anuran has not been done, it will be extinct one day. Besides, the fact that some species are endemic to this forest reserve become the strong reason why it should be preserve.



Warisan Kepimpinan dan Ketuanan Melayu 1945-2013

 

warisan.jpg Warisan Kepimpinan dan Ketuanan Melayu 1945-2013

• ISBN : 978-967-0764-59-7

• Penulis :Rosmaini Tasmin

• Jumlah mukasurat : 253 muka surat

• Harga : RM35.00

• Tahun terbitan : 2016

Buku ini merupakan hasil kajian berkaitan dengan perkembangan politik sejak zaman sebelum merdeka sehinggalah memasuki era alaf baharu. Ia cuba menyingkap sejarah perkembangan kepimpinan politik Melayu selepas Perang Dunia Kedua iaitu bermula dari era zaman moden. Ia turut memaparkan tentang bangsa Melayu yang mendominasi Malaysia dari segi kependudukan dan kepimpinan politik sejak zaman-berzaman.

Tempoh masa kajian, iaitu dari 1945 hingga 2013 ingin memaparkan perkembangan dan hala tuju kepimpinan politik Melayu, serta sejarah kepimpinan Melayu yang memperlihatkan kepelbagaian aliran pemikiran pemimpin dalam masyarakat Melayu. Lantaran itu, melahirkan kelompok-kelompok politik yang berjuan untuk mendapatkan kuasa.

Buku ini mengandungi 7 bab. Bab 1 memaparkan tentang asal usul bangsa Melayu. Bab 2 membicarakan persoalan latar belakang politik Melayu. Bab 3, 4 dan 5 membicarakan persoalan kepimpinan politik Melayu yang dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu bab 3 tentang kepimpinan politik Melayu sebelum merdeka. Bab 4 membicarakan tentang kepimpinan politik pasca merdeka dan bab 5 pula membicarakan kepimpinan politik Melayu di alaf baharu. Bab 6 pula mengajak para pembaca memikirkan tentang masa depan politik orang Melayu yang perlu diacukan dengan acuan yang berteraskan Islam.

Kemudian bab terakhir pula merumuskan keseluruhan buku ini yang melihat sejauh manakah warisan kepimpinan dan ketuanan Melayu meninggalkan kesan terhadap masa depan dan hala tuju bangsa Melayu? Lantaran itu, buku ini menyarankan agar seluruh kepimpinan politik Melayu melihat sejarah bangsa Melayu dan mengambil iktibar daripadanya.

Pendahuluan Kepada Kaedah Penilaian Pelaburan Harta Tanah

harta_tanah-650x900.png Pendahuluan Kepada Kaedah Penilaian Pelaburan Harta Tanah

ISBN : 978-967-0764-57-3

• Penulis :Mohd Hasrol Haffiz b. Aliasak, Mohd Farid Sa'ad

• Bil. mukasurat : 138 muka surat

• Harga : RM20.00

• Tahun terbitan : 2016

 

Kaedah Penilaian Pelaburan Harta Tanah merupakan salah satu teknik atau kaedah penilaian yang digunakan oleh juruukur penilaian bagi menaksir dan menilai harta tanah pelaburan di mana pendapatan sewa merupakan subjek nilaian utama yang digunakan bagi menentukan nilai modal harta tanah. Penggunaan kaedah ini amat meluas digunakan terutama bagi harta-harta yang boleh menjana pendapatan dalam bentuk sewaan.

Penilaian dan penaksiran ini menggunakan dua faktor penilaian iaitu faktor menilaimodal (Capitalization Factor) dan faktor pendiskaunan (Discounting Factor) nilai modal. Meskipun, penggunaan pelbagai kaedah matematik terutama bagi menentukan nilai faktor menilaimodal dan faktor pendiskaunan, ia dapat membantu jurunilai bagi menaksir menggabungkan pendekatan tersebut dengan mengambilkira beberapa elemen yang mempengaruhi penentuan nilai modal harta tanah pelaburan.

Buku ini menerangkan secara ringkas proses awalan penaksiran dan penilaian harta tanah pelaburan dari peringkat asas penggunaan kaedah, penilaian bagi kepentingan pemilik dan pemajak, penentuan pampasan dalam teknik penilaian nilai cantuman dan penaksiran amaun premium harta tanah pelaburan.

Adalah diharapkan buku asas kaedah penilaian harta tanah pelaburan dapat dimanfaatkan ke semua peringkat pembaca sama ada para pelajar di institusi pengajian tinggi, jurunilai, perunding harta tanah serta masyarakat umum bagi mengenali kaedah dan pendekatan jurunilai dalam menaksir nilai harta tanah pelaburan.

Pelancongan di Pulau Pangkor

pangkor-650x900.png Pelancongan di Pulau Pangkor

• ISBN : 978-967-0764-70-2

• Penulis :Jabil Mapjabil

• Jumlah mukasurat : 98ms

• Harga : RM20.00

• Tahun : 2016


Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Kelebihan dan keunikan pulau ini terletak pada keindahan pantai, persekitaran pulau serta produk hasil lautnya. Perkembangan memberangsangkan dalam pembangunan pelancongan di Pulau Pangkor mendorong kepada kajian dan penyelidikan oleh pelbagai pihak seperti institusi pengajian tinggi, konsultan, kerajaan tempatan, badan bukan kerajaan dan swasta.

Hasil penyelidikan tentang pelancongan di pulau ini sama ada dalam bentuk kertas kerja, jurnal, rencana di majalah dan akhbar tempatan sering kali dirujuk. Namun begitu, tidak banyak hasil penerbitan tentang pelancongan di Pulau Pangkor dalam bentuk karya suntingan. Untuk itu, buku Pelancongan di Pulau Pangkor:

Kelestarian dan Komuniti ini amat relevan sebagai sumber rujukan kepada pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan pengajian tinggi seperti pensyarah, penyelidik, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah mahupun mereka yang terlibat dalam pengurusan dan pelaksanaan dasar yang berkaitan dengan bidang pelancongan, pembangunan pulau dan pelancongan pulau.

Buku ini turut sesuai untuk bacaan umum dan rujukan tambahan kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam industri pelancongan pulau termasuklah pendidik dan pelajar sekolah menengah