Skip to main content
  • 1
  • Penerbit Edited 2

Sejarah Penerbit UTHM

Pejabat Penerbit telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Disember 2002. Di antara tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada Pejabat Penerbit ialah menerbitkan buku-buku ilmiah serta bahan-bahan ilmiah yang berkaitan dengan penerbitan. Penubuhan Pejabat Penerbit adalah sejajar dengan hala tuju universiti iaitu perkongsian ilmu di antara ahli akademik dan juga komuniti.

Pengarah Penerbit

Bermula dari pembukaan Pejabat Penerbit UTHM, ianya telah diketuai oleh tokoh-tokoh yang berwibawa dengan kapasiti terbaik untuk memimpin dan mengatur urus cara dan hala tuju, sehingga membawa kepada perkembangan dan kepentingannya seperti sekarang. Dalam sejarah penubuhan Pejabat Penerbit UTHM selama 20 tahun ini, bermula dari tahun 2002, Pejabat Penerbit telah diketuai oleh  ;

  1. Prof. Madya Dr. Ahmad Zaidi bin Hj. Johari | 2002 - 2004
  2. Prof. Hj. Mohd Imran bin Hj. Ghazali | 2006 - 2008
  3. Prof. Hj. Ahmad Shakri bin Mat Seman | 2008 - 2009
  4. Prof. Dato' Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi | 2009 - 2010
  5. Prof. Dr. Ismail bin Abdul Rahman | 2010 - 2011
  6. Prof. Dr. Mustafa bin Mat Deris | 2011 - 2012  
  7. Prof. Madya Dr. Rozilah binti Kasim | 2013 - 2014
  8. Prof. Madya Dr. Sapi'ee bin Jamel | 2015 - 2017
  9. Prof. Ts. Dr. Amir bin Khalid | 2017 - 2023
  10. Prof. Madya Dr. Akmal Nizam bin Mohammed | 2023 - kini

Visi & Misi

Visi

Menjadi penerbit ilmiah tersohor

Misi

Sebagai pemangkin budaya penerbitan dalam kalangan ilmuan dan saluran utama bagi menerbitkan karya-karya ilmiah berkualiti

Objektif

  • Menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bentuk media cetak dan elektronik
  • Menyediakan khidmat sokongan penerbitan dan  percetakan bahan ilmiah
  • Mengawal selia hak cipta intelek yang berkaitan hasil penerbitan ilmiah universiti
  • Menguruskan penerbitan bagi bahan-bahan yang dikemukakan oleh PTJ universiti
  • Melaksanakan kursus-kursus berkaitan penulisan dan penerbitan ilmiah kepada staf akademik
  • Menyelia dan memantau Sistem Maklumat Pengurusan Penerbitan Universiti
  • Mempromosi dan memasarkan hasil-hasil penerbitan universiti
  • Mangurus dan menganjurkan Anugerah Penerbitan Universiti