Skip to main content
  • Penerbit Edited 2
  • 1

Sejarah Penerbit UTHM

Pejabat Penerbit telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Disember 2002. Di antara tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada Pejabat Penerbit ialah menerbitkan buku-buku ilmiah serta bahan-bahan ilmiah yang berkaitan dengan penerbitan. Penubuhan Pejabat Penerbit adalah sejajar dengan hala tuju universiti iaitu perkongsian ilmu di antara ahli akademik dan juga komuniti.

Pengarah Penerbit

Bermula dari pembukaan Pejabat Penerbit UTHM, ianya telah diketuai oleh tokoh-tokoh yang berwibawa dengan kapasiti terbaik untuk memimpin dan mengatur urus cara dan hala tuju, sehingga membawa kepada perkembangan dan kepentingannya seperti sekarang. Dalam sejarah penubuhan Pejabat Penerbit UTHM selama 20 tahun ini, bermula dari tahun 2002, Pejabat Penerbit telah diketuai oleh  ;

  1. Prof. Madya Dr. Ahmad Zaidi bin Hj. Johari | 2002 - 2004
  2. Prof. Hj. Mohd Imran bin Hj. Ghazali | 2006 - 2008
  3. Prof. Hj. Ahmad Shakri bin Mat Seman | 2008 - 2009
  4. Prof. Dato' Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi | 2009 - 2010
  5. Prof. Dr. Ismail bin Abdul Rahman | 2010 - 2011
  6. Prof. Dr. Mustafa bin Mat Deris | 2011 - 2012  
  7. Prof. Madya Dr. Rozilah binti Kasim | 2013 - 2014
  8. Prof. Madya Dr. Sapi'ee bin Jamel | 2015 - 2017
  9. Prof. Ts. Dr. Amir bin Khalid | 2017 - 2023
  10. Prof. Madya Dr. Akmal Nizam bin Mohammed | 2023 - kini

Visi & Misi

Visi

Menjadi penerbit ilmiah tersohor

Misi

Sebagai pemangkin budaya penerbitan dalam kalangan ilmuan dan saluran utama bagi menerbitkan karya-karya ilmiah berkualiti

Objektif Kualiti

  1. Melaksanakan aktiviti penerbitan buku ilmiah dengan sekurang-kurangnya menerbitkan SEPULUH (10) judul buku ilmiah dalam setahun;
  2. Melaksanakan aktiviti penerbitan bahan bantu mengajar dengan sekurang-kurangnya menerbitkan SEPULUH (10) judul modul dan buku teks dalam setahun;
  3. Melaksanakan aktiviti penerbitan jurnal & prosiding dengan sekurang-kurangnya menerbitkan SATU RIBU (1000) artikel jurnal & prosiding dalam setahun;
  4. Melaksanakan aktiviti pemasaran bahan terbitan Pejabat Penerbit dengan sekurang-kurangnya melaksanakan LIMA (5) kali aktiviti pemasaran dalam setahun;
  5. Melaksanakan program-program latihan berkaitan penerbitan untuk staf universiti sekurang-kurangnya DUA (2) kali setahun.