Sistem Fertigasi Automatik menggunakan IoT

Authors

  • Mohamad Faris Mohamad Farid Centre For Diploma Studies, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Pagoh Branch, KM 1 panchor Road, 84600 Muar, Johor
  • Mohd Faizal Mohamed Nor
  • Adam Muhammad Abdul Latib
  • Muhammad Khairul Azfar Kamarul Azian

Keywords:

Sistem Fertigasi, ESP8266 WeMos D1, Blynk

Abstract

Seperti yang dapat kita lihat pada masa ini, sesetengah petani mengalami kerugian kerana hasil tanaman kekurangan produktiviti dan nutrisi yang mencukupi. Oleh itu, tanaman tidak mendapatkan hasil yang optimum disebabkan tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Disebabkan permasalahan ini, kami mencipta prototaip sebuah sistem fertigasi pintar yang menggunakan ESP8266 WeMos D1 sebagai mikro pengawal. Tujuan prototaip ini adalah untuk memudahkan system fertigasi kepada pengguna sambil memaksimakan campuran nisbah baja yang optimum. Prototaip ini bermula dengan menggunakan air bersih yang dicampur bersama dengan baja A dan Baja B yang kebiasaannya digunakan dalam tumbuhan hidroponik ataupun fertigasi. Baja A dan baja B ini merupakan bahan kimia yang membantu meningkatkan pertumbuhan tumbuhan. Prototaip ini mencampurkan kedua-dua baja ini kedalam tangki campuran bersama air bersih mengikut nisbah yang optimum seterusnya dapat dihantar ke kawasan tanaman dengan menggunakan pam air yang bersambung kepada aplikasi Blynk pada telefon pintar dan dapat dihidupkan dimana-mana selagi mempunyai capaian internet didalam telefon pintar. Dalam masa yang sama terdapat pelbagai pengesan ataupun sensor yang berfungsi sebagai amaran sekiranya air didalam tangki tidak mencukupi agar air dapat diisi semula dan dapat digunakan semula.

Downloads

Published

12-01-2023

Issue

Section

Electrical Engineering

How to Cite

Mohamad Farid, M. F., Mohamed Nor, M. F., Abdul Latib, A. M., & Kamarul Azian, M. K. A. (2023). Sistem Fertigasi Automatik menggunakan IoT. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 4(2), 311–318. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/8735

Most read articles by the same author(s)