Kajian Kesan Corak Landskap Terhadap Psikologi Pengguna Jalan Raya

Authors

  • Nurin Afiqah Muhammad Noor Isman Centre for Diploma Studies Author
  • Nisa Sharmila Ruslan Author
  • Nur Ain Hanisah Ahmad Hisyamuddein Author
  • Mohd Erwan Sanik Author

Keywords:

Landskap, Psikologi Pengguna Jalan Raya, Kajian Rintis, Analisis Deskriptif.

Abstract

Perabot jalan merupakan salah satu daripada elemen terpenting untuk melengkapkan pembinaan sebuah jalan raya.  Perabot jalan lembut yang terdiri daripada landskap tumbuh-tumbuhan kadangkala mampu mempengaruhi psikologi pengguna jalan raya.  Ini disebabkan definisi landskap itu sendiri iaitu sebagai seni mereka bentuk untuk memelihara keindahan persekitaran supaya lingkungan hidup manusia menjadi selesa, sihat dan mudah.  Oleh itu, kajian ini telah dijalankan dengan objektif untuk mengkaji fungsi landskap dan untuk menganalisis kesan landskap terhadap pengguna jalan raya.  Data kajian ini diperolehi menggunakan kaedah soal selidik yang diedarkan kepada 202 orang responden.  Bagi memastikan kebolehpercayaan soal selidik, kajian rintis telah dijalankan melibatkan 20 responden sebelum kajian lanjutan diteruskan.  Kaedah analisis deskriptif telah digunakan dalam menganalisis data secara peratusan, frekuensi serta dengan menggunakan pengukuran kecenderungan berpusat seperti min, mod, median dan sisihan piawai.  Daripada analisis yang dijalankan, nilai alfa Cronbach yang diperolehi daripada analisis kebolehpercayaan untuk kajian rintis ialah 0.87 yang menunjukkan kebolehpercayaan soal selidik untuk digunakan dalam kajian lanjutan.  Manakala nilai min, median, mod, dan sisihan piawai yg diperolehi untuk ketiga-tiga bahagian soalan dalam soal selidik ialah masing-masing di antara 4.27 ke 4.41, 4.8, 5.0, dan di antara 0.77 ke 0.88.  Berdasarkan hasil dapatan kajian, boleh disimpulkan bahawa majoriti responden yang bersetuju bahawa wujudnya landskap di jalan raya dapat memberikan banyak kebaikan dari segi psikologi pengguna jalan raya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

23-02-2022

Issue

Section

Civil Engineering

How to Cite

Muhammad Noor Isman, N. A., Ruslan, N. S., Ahmad Hisyamuddein, N. A. H., & Sanik, M. E. (2022). Kajian Kesan Corak Landskap Terhadap Psikologi Pengguna Jalan Raya. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(1), 346-353. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/4162