Kajian Kesesuaian Landskap Untuk Susur Pejalan Kaki di UTHM Kampus Pagoh

Authors

  • Siti Rozilah Rodzi Center for Diploma Studies, University Tun Hussein Onn Malaysia, Pagoh Branch, KM 1 Panchor Road, 84600 Muar, Johor
  • Mohd Erwan Sanik
  • Nur Syazwani Najma Muhamad Yusaini
  • Anis Zarith Nabila Misran

Keywords:

Laluan pejalan kaki, landskap, pejalan kaki, teduhan, UTHM Kampus pagoh

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kesesuaian landskap sebagai susur pejalan kaki di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Kampus Pagoh untuk dijadikan alternatif bagi menggantikan susur berbumbung sebagai teduhan pejalan kaki. Objektif utama bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti landskap yang terbaik dengan fungsi sebagai teduhan untuk pejalan kaki serta mencadangkan susun atur landskap yang sesuai di sepanjang susur pejalan kaki di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Kampus Pagoh. Skop kajian ini adalah berfokuskan kepada laluan pejalan kaki di kawasan menuju ke Kemudahan Gunasama di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Kampus Pagoh. Sehubungan itu, temu bual bersama pemilik Zue Landscape Nursery & Supplies telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat berkaitan jenis landskap serta mengenalpasti pokok yang sesuai digunakan sebagai teduhan pejalan kaki. Seterusnya, pengumpulan data telah dilakukan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Kampus Pagoh bagi mendapatkan maklum balas berkaitan kesesuaian landskap sebagai susur pejalan kaki. Berdasarkan analisis data, dapat disimpulkan bahawa landskap terbaik yang boleh digunakan sebagai susur pejalan kaki ialah Pokok Caesalpinia manakala susun atur landskap terbaik adalah secara selari dan teratur. Secara keseluruhan, penggunaan landskap sebagai susur pejalan kaki merupakan alternatif yang lebih baik berbanding susur berbumbung kerana memberikan banyak manfaat kepada pejalan kaki dan juga alam sekitar.

Downloads

Published

23-02-2022

Issue

Section

Civil Engineering

How to Cite

Rodzi, S. R., Sanik, M. E., Muhamad Yusaini, N. S. N. ., & Misran, A. Z. N. (2022). Kajian Kesesuaian Landskap Untuk Susur Pejalan Kaki di UTHM Kampus Pagoh. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(1), 257-265. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/4187

Most read articles by the same author(s)