Seni Persembahan Topeng Sagu Melanau dalam Kaul Serahang Kakan di Sarawak

Authors

  • Abdul Walid Ali Universiti Teknologi MARA
  • Hishamuddin Siri UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
  • Awangko Hamdan Awang Arshad UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Keywords:

Melanau, Serahang, Topeng, Seni Persembahan, Pesta Kaul

Abstract

Masyarakat Melanau mempunyai satu budaya bertopeng semasa persembahan Serahang Kakan yang diperbuat daripada pokok rumbia. Dalam kajian ini, topeng tersebut dinamakan topeng sagu Melanau. Pemakai topeng akan menjadi subjek utama dalam Serahang Kakan dan seterusnya menjadikan Kaul sebagai satu aktiviti kebudayaan yang menarik dalam masyarakat Melanau. Proses penghasilan topeng, fungsi, dan nilai estetik budaya ini akan dibincangkan dalam kajian ini bagi melihat tinjauan awal seni persembahan ini yang jarang diberi perhatian oleh kebanyakan pengkaji kebudayaan Melanau. Sorotan kajian lepas dan beberapa siri kajian lapangan telah dibuat di Mukah untuk mendapatkan maklumat berkaitan. Kajian mendapati bahawa keunikan material pembuatan topeng; pokok rumbia telah menjadikan topeng sagu Melanau ini mempunyai bentuk dan fungsi tersendiri dalam persembahan Serahang Kakan.

 

Downloads

Published

20-06-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ali, A. W., Siri, H., & Awang Arshad, A. H. (2023). Seni Persembahan Topeng Sagu Melanau dalam Kaul Serahang Kakan di Sarawak. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 4(1), 162-171. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/9647