Muzikal Perdana: Perdana Menteri Malaysia dalam Teater Muzikal di Istana Budaya

Prime Musical: Prime Ministers of Malaysia in Istana Budaya Musical Theatres

Authors

Keywords:

Teater Muzikal Malaysia, Ahli Politik, Teater, Istana Budaya, Perdana Menteri Malaysia

Abstract

Muzikal berkaitan tokoh politik di Istana Budaya telah mendapat tempat sejak 2007 ketika Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-50. Perkara ini difikirkan bersesuaian oleh kepimpinan negara pada waktu itu. Pertambahan jumlah karya muzikal tokoh politik ini memberi indikasi bahawa satu trend baharu telah terhasil dan bergerak seiring dengan zaman kegemilangan muzikal dari syarikat produksi Puan Sri Tiara Jacquelina.  Sambutan terhadap pementasan berkaitan tokoh politik mula menurun pada tahun 2012 atas beberapa faktor. Dalam kajian berkaitan muzikal Perdana Menteri ini, Tun Siti Hasmah the Musical (2012) tidak disenaraikan kerana beliau tidak memegang jawatan sebagai menteri. Penyelidikan kualitatif ini memberi tumpuan kepada muzikal tokoh politik sebagai tema. Beberapa faktor membuat persembahan dan bentuk persembahan muzikal Perdana Menteri dianalisis berdasarkan maklumat jadual pementasan Istana Budaya di antara tahun 2007 dan 2011. Penyelidikan ini bertujuan untuk mendokumentasikan persembahan sebegini dan akan membantu dalam penyelidikan lebih lanjut di masa depan. Penurunan penonton pada tahun 2012 dan tema baru dalam persembahan teater di Istana Budaya juga dilihat dalam kajian ini.

Author Biography

  • Walid Ali, Universiti Malaysia Sarawak
    Walid Ali is a contemporary performance deviser, performer, and designer. He is a creative director in Luar Kotak Production, a contemporary theatre group in Malaysia. His works are mostly related to everyday life but presented in different approaches. Therefore, his performances tend to have an element of surprise that awakens his audiences' mind. He has worked with many renowned artiste since 2008. He is also an author for local newspaper such as Utusan Borneo, Suara Sarawak; also a writer for Selut Press and Peanutzin, besides working as performing arts practitioner.  You can also find his writings at www.abdulwalidali.blogspot.com 

Downloads

Published

16-06-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ali, A. W., Abet, M. ., & Ahmad, M. F. (2021). Muzikal Perdana: Perdana Menteri Malaysia dalam Teater Muzikal di Istana Budaya: Prime Musical: Prime Ministers of Malaysia in Istana Budaya Musical Theatres. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 2(1), 218-223. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/2091