Dokumentasi Tradisi Lisan dalam Cerita Rakyat untuk Orang Melayu di Sarawak untuk Persembahan Teater

The Documentation of Oral Tradition in Malay Sarawak Folktales for Theatre Performance

Authors

  • Muhammad Qawiem Hamizan Universiti Malaysia Sarawak
  • Abdul Walid Ali Universiti Malaysia Sarawak
  • Ahmad Kamal Basyah Sallehuddin Universiti Teknologi MARA

Keywords:

Teater, Cerita Rakyat, Melayu Sarawak, Teater Kanak-Kanak, Sarawak

Abstract

Tradisi lisan merupakan satu perkara yang menjadi akar kepada satu-satu masyarakat. Dalam melestarikan tradisi lisan, pelbagai usaha telah dibuat oleh banyak pihak.  Inovasi penghasilan karya dalam bentuk buku ialah antara perkara yang pernah dihasilkan oleh pengkarya tempatan. Kisah – kisah tempatan juga pernah diadaptasi dalam bentuk animasi seperti kisah cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah bertajuk Putih yang diarah oleh Rashid Sibir pada tahun 2001. Dalam teater tempatan, Puteri Gunung Ledang (2006) ialah antara satu usaha dalam mengangkat cerita rakyat ke dalam medium seni lain. Dalam kajian yang memberi fokus kepada Melayu Sarawak ini, pengkaji ingin mengenalpasti cerita rakyat Melayu Sarawak yang berpotensi sebagai satu karya teater dan seterusnya menghasilkan dokumentasi kajian. Kaedah perpustakaan dan juga menemubual penduduk yang Melayu Sarawak menjadikan kajian ini lebih terarah kepada pengumpulan cerita rakyat. Cerita rakyat yang dikumpul akan dipilih bersesuai dengan bentuk pementasan yang dicadangkan iaitu teater kanak-kanak. Kajian ini akan memberi fokus kepada memberi cadangan mengenai cerita rakyat yang bersesuaian.

 

Downloads

Published

03-01-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Hamizan, M. Q., Ali, A. W., & Sallehuddin, A. K. B. (2022). Dokumentasi Tradisi Lisan dalam Cerita Rakyat untuk Orang Melayu di Sarawak untuk Persembahan Teater: The Documentation of Oral Tradition in Malay Sarawak Folktales for Theatre Performance. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 2(2), 34-41. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/5166