Kesepaduan Sosial dalam Kalangan Pelajar Universiti

Authors

  • Tan Tien Chee university tun hussein onn malaysia
  • Mohd Syariefudin Abdullah

Keywords:

Kesepaduan sosial, pelajar universiti, pembinaan negara bangsa

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesepaduan sosial dalam kalangan pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tujuan kajian ini adalah untuk melihat pola kesepaduan sosial yang merangkumi tiga etnik utama di Malaysia iaitu Malayu, Cina dan India. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah penyelidikan kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Responden kajian ini adalah seramai 491 orang mahasiswa dan mahasiswi. Data yang diperoleh menunjukkan pola kesepaduan sosial wujud dengan kukuh dalam kalangan pelajar. Kesepaduan sosial yang kuat wujud dalam dimensi kekitaan, keterangkuman, pengiktirafan dan kesaksamaan. Kesepaduan sosial dalam dimensi legitimasi berbentuk sederhana manakala rapuh dalam dimensi penyertaan. Implikasi kajian yang dapat diketahui pula ialah keadaan hubungan etnik yang baik dapat memupuk kesepaduan sosial seterusnya mengukuhkan pembinaan negara bangsa.

Downloads

Published

02-01-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Tan Tien Chee, & Mohd Syariefudin Abdullah. (2022). Kesepaduan Sosial dalam Kalangan Pelajar Universiti. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 2(2), 24-33. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/5187