Keberkesanan Strategi Rukun Tetangga (RT) dalam Memupuk Kesepaduan Sosial dalam kalangan Masyarakat Pelbagai Etnik di Tanjung Malim Perak

Authors

  • Mohd Syariefudin Abdullah
  • Syed Salman Al-Yahya Syed Sagar
  • Nur Azah Razali

Keywords:

Rukun Tetangga (RT), Kesepaduan sosial, Etnik

Abstract

Kajian ini menjelaskan tentang impak strategi Rukun Tetangga (RT) dalam memupuk kesepaduan sosial melalui strategi yang digariskan oleh RT di Tanjung Muallim, Perak. Kajian ini fokus kepada strategi-strategi yang digunapakai oleh Rukun Tetangga (RT) dalam memupuk kesepaduan sosial dan mencadangkan strategi terbaik rukun tetangga dalam memupuk kesepaduan sosial dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Terdapat 12 strategi yang digunakan oleh KRT berdasarkan kepada Buku Pengurusan RT 2013. Hasil dapatan menunjukkan semua strategi yang dibawa dalam RT memberikan kesan baik kepada kesepaduan sosial dengan nilai kategori tinggi dan sederhana. Antara strategi yang berkesan membentuk kesepaduan sosial mengikut nilai min adalah strategi sosial (4.63), sukan (4.56), patriotik (4.38), kesenian dan kebudayaan (4.04), pendidikan (3.98), kebajikan (3.88) dan rekreasi (3.74). Lain-lain strategi adalah strategi ekonomi, kesihatan dan alam sekitar, agama, keselamatan dan pendampingan sosial yang mana berada di tahap nilai min yang sederhana. Dari segi pola etnik tidak menunjukkan jurang perbezaan peratus yang besar antara etnik yang dikaji. Kebanyakan strategi adalah di tahap positif tinggi iaitu berada di atas 70 peratus untuk semua etnik Melayu, Cina dan India bagi strategi sosial, sukan, patriotik, kesenian dan kebudayaan, pendidikan, kebajikan dan akhir sekali strategi rekreasi. Sementara strategi lain menunjukkan pola peratusan yang rendah (bawah 50 peratus) dan sederhana (51 hingga 70 peratus).

 

Downloads

Published

27-06-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohd Syariefudin Abdullah, Syed Salman Al-Yahya Syed Sagar, & Nur Azah Razali. (2022). Keberkesanan Strategi Rukun Tetangga (RT) dalam Memupuk Kesepaduan Sosial dalam kalangan Masyarakat Pelbagai Etnik di Tanjung Malim Perak. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 3(1), 143-154. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/5205