Isu-isu Survival Melayu Pasca Pilihan Raya Umum 2008 (PRU 2008)

Authors

  • Nur Azah Razali Jabatan Sains Sosial, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
  • Asbah Razali
  • Mohd Syariefudin Abdullah

Keywords:

Melayu, Survival Melayu, Bahasa Melayu, Pilihan Raya Umum 2008

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat heterogeneous yang berbeza etnik, bahasa, agama dan kepercayaan. Di dalam masyarakat sebegini, isu survival etnik menjadi isu yang sering diperkatakan sama ada di media massa sebelum dan selepas pilihan raya. Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 (PRU 2008) yang dikenali sebagai ‘tsunami politik’ telah menyaksikan Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan penguasaan dua pertiga di Parlimen. Ekoran dari keputusan PRU ini juga, isu-isu berkaitan survival Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Bahasa Melayu, agama Islam, hak istimewa Melayu dan kuasa Raja Melayu semakin hebat dipertikaikan. Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan iaitu melibatkan pencarian bahan-bahan sekunder seperti buku, jurnal, kertas kerja, akhbar, portal berita atas talian, tesis dan website. Terdapat dua objektif di dalam kajian ini iaitu mengenalpasti isu-isu berkaitan dengan survival Melayu pasca PRU 2008 dan membincangkan peranan badan dan institusi yang berkaitan di dalam menyelesaikan isu berkaitan survival Melayu di Malaysia. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa permasalah dan isu survival Melayu merangkumi hal-hal berkaitan agama Islam, institusi beraja Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa Melayu memerlukan suatu usaha yang menyeluruh dari institusi Beraja Melayu, pemimpin parti politik Melayu, Institusi dan Agensi Melayu, pemimpin NGO Melayu dan jati diri Melayu yang kuat.

Downloads

Published

03-01-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Razali, N. A., Asbah Razali, & Mohd Syariefudin Abdullah. (2022). Isu-isu Survival Melayu Pasca Pilihan Raya Umum 2008 (PRU 2008) . Advances in Humanities and Contemporary Studies, 2(2), 178-188. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/5199