PENGGUNAAN ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH ZON BENUT

  • Siti Aminah Sallehin Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM
  • Fazlinda Ab Halim Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM
Keywords: ABBM, multimedia, persepsi, faktor-faktor penggunaan

Abstract

Penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) berasaskan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah terbukti dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (pdp). Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam kalangan guru serta persepsi guru terhadap kepentingan penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam pdp. Seramai 40 orang guru teknik dan vokasional di lima buah sekolah menengah zon Benut telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Analisis data adalah menggunakan perisian Statistical For Social Science (SPSS) Versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan ABBM berasaskan multimedia adalah sederhana. Manakala persepsi guru terhadap kepentingan penggunaan ABBM berasaskan multimedia adalah positif. Kesimpulannya kajian ini menunjukkan bahawa walaupun guru mempunyai persepsi yang positif terhadap kepentingan penggunaan ABBM berasaskan multimedia namun tahap penggunaannya masih di peringkat sederhana. Ini menunjukkan bahawa inisiatif atau kesedaran dalam penggunaan ABBM berasaskan multimedia perlu ditingkatkan.

Downloads

Download data is not yet available.
How to Cite
Sallehin, S. A., & Ab Halim, F. (1). PENGGUNAAN ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH ZON BENUT. Online Journal for TVET Practitioners. Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4814