Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penerimaan Pembelajaran Berbantukan Permainan Digital Pelajar Kolej Vokasional

Factors That Influenced The Acceptance of Digital Game Based Learning Among Vocational College’s Students

Authors

  • Fazlinda Ab Halim University Tun Hussein Onn Malaysia
  • Azlinda Amat Manis Sekolah Menengah Bukit Rambai

Keywords:

Pembelajaran berbantukan permainan digital, kolej vokasional, pembelajaran abad ke-21

Abstract

Pembelajaran berbantukan permainan digital merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang berjaya menarik minat pelajar. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap penerimaan pelajar dan faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan pembelajaran berbantukan permainan digital dalam kalangan pelajar kolej vokasional. Kajian tinjauan secara kuantitatif ini melibatkan 234 orang pelajar Tahun 1 Diploma dalam pelbagai kursus di tiga buah Kolej Vokasional Negeri Melaka. Satu set soal selidik yang diadaptasi dan diubah suai daripada kajian lepas telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Data kajian yang dianalisis melibatkan kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawaian menggunakan Statistical Package For Social Science Version 20.0 (SPSS 20). Dapatan kajian menunjukkan nilai min yang tinggi bagi penerimaan pelajar terhadap pembelajaran berbantukan permainan digital. Manakala terdapat empat faktor yang dikenalpasti dalam mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap pembelajaran berbantukan permainan digital ini iaitu faktor pengetahuan, kemudahan, sikap dan pengetahuan. Faktor pengetahuan pelajar terhadap permainan digital dikenalpasti merupakan faktor dominan. Kesimpulannya, pelajar menunjukkan minat yang tinggi terhadap kaedah pembelajaran menggunakan teknologi ini kerana berpadanan dengan trend pembelajaran terkini dan secara tidak langsung dapat meningkatkan  motivasi belajar. Oleh itu, para pendidik haruslah mempersiapkan diri dengan kemahiran yang berkaitan dengan teknologi agar suasana pembelajaran abad ke-21 dapat direalisasikan sepenuhnya.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

21-09-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ab Halim, F., & Amat Manis, A. . (2021). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penerimaan Pembelajaran Berbantukan Permainan Digital Pelajar Kolej Vokasional: Factors That Influenced The Acceptance of Digital Game Based Learning Among Vocational College’s Students. Online Journal for TVET Practitioners, 6(2), 123-133. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/9518