Tahap Kesediaan Guru Pelatih Reka Bentuk Dan Teknologi Terhadap Pengajaran Mata Pelajaran Reka Cipta

Authors

  • Norazizah Abdullah Fakulti Pendidikan Teknik dan Voksional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Azita Ali Fakulti Pendidikan Teknik dan Voksional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Guru Pelatih, Rekabentuk dan Teknologi

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti Tahap kesediaan Guru Pelatih Rekabentuk dan Teknologi di Negeri Johor. Tahap kesediaan yang dikaji ialah pengetahuan, kemahiran, dan sikap, hubungan interpersonal dan beban tugas. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif yang melibatkan data kuantitatif menggunakan borang soal selidik sebagai instrument kajian. Sampel terdiri daripada guru pelatih Rekabentuk dan Teknologi di mana responden adalah seramai 120 orang yang diambil dari keseluruhan populasi Data yang dikumpul daripada responden telah dianalisis melalui perisian SPSS Versi 21.0. Data yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan statistik deskriptif iaitu pengiraan min, peratusan , sisihan piawai dan Ujian-t . Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, kemahiran guru pelatih reka bentuk dan teknologi adalah tinggi dalam mata pelajaran reka cipta. Dapatan kajian juga mendapati sikap guru pelath adalah rendah dalam mata pelajaran reka cipta. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan, sikap dan kemahiran berdasarkan umur dan latar belakang pendidkan. Bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan, sikap dan kemahiran berdasarkan jantina bagi tahap kesediaan guru pelatih dalam mata pelajaran reka cipta. Hasil daripada kajian yang telah dibincangkan, didapati bahawa kursus yang dipelajari terbukti mempunyai kepentingan dalam mempengaruhi kesediaan mengajar. Kursus-kursus ini banyak memberikan input yang berguna yang dapat diaplikasi oleh pelajar sewaktu mengajar. Guru pelatih disarankan meningkatkan pengetahuan mereka agar dapat menyampaikan pengajaran secara berkesan dalam era globalisasi masa kini. Selain itu, guru pelatih juga seharusnya menyertai kursus-kursus yang berterusan dalam perkhidmatan berkaitan teknologi terkini, motivasi dan juga pedagogi. Kursus-kursus sebegini dapat menjadikan guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran selari dengan perkembangan semasa dalam dunia pendidikan

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-08-2019

Issue

Section

Articles

How to Cite

Abdullah, N., & Ali, A. (2019). Tahap Kesediaan Guru Pelatih Reka Bentuk Dan Teknologi Terhadap Pengajaran Mata Pelajaran Reka Cipta . Online Journal for TVET Practitioners, 2(1). https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4763