FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP STRES GURU PENDIDIKAN KHAS
Keywords:
Stres, pendidikan khas, sekolahAbstract
Kajian ini dijalankan bagi meninjau faktor yang mempengaruhi tahap stres di kalangan guru-guru program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah Menengah di Daerah Johor Bahru. Selain itu, tahap stres juga dibincangkan. Seramai 74 orang responden yang terdiri dari kesemua guru sekolah terbabit telah di ambil sebagai sampel kajian. Data-data yang dikumpulkan telah dianalisa mengguna perisian komputer Program Statistical Package of Social Science (SPSS) for Window 20.0 . Dapatan dari hasil kajian secara keseluruhannya menunujukkan bahawa tahap stres di kalangan guru-guru sekolah pendidikan khas adalah sederhana (3.01). Secara khususnya antara item yang mempunyai nilai min yang tinggi adalah responden perlu menghadiri kursus dan seminar yang tidak berkaitan dengan pendidikan khas, responden perlu menjaga keselamatan pelajar pada setiap masa dan bilik guru yang sempit dan tidak selesa. Faktor bebanan tugas merupakan skor min tertinggi (2.68), diikuti dengan faktor penghargaan (2.54), faktor kerenah pelajar (2.52) manakala faktor yang mempunyai skor min rendah adalah sumber dan hubungan sesama rakan sekerja (1.94). Beberapa penjelasan telah diberi keatas keputusan yang diperolehi. Cadangan-cadangan kajian susulan juga dinyatakan atas keputusan yang diperolehi. Justeru, walaupun stres guru berada pada tahap yang sederhana, ini menunjukkan guru pendidikan khas di daerah Johor Bahru tetap berasa stres dengan kesemua faktor yang dikaji.