KESEDIAAN GURU TEKNIKAL MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PERINGKAT TINGGI

Authors

  • Maizatulakmar Mohd Yusop Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Lutfiah Natrah Abbas Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Sikap, minat, motivasi, pembelajaran sepanjang hayat

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap sikap, minat dan motivasi guru teknikal untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi serta perbezaan dari aspek jantina bagi tahap sikap, minat dan motivasi guru teknikal dalam melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Kajian yang dijalankan ini berbentuk deskriptif iaitu kaedah tinjauan. Seramai 295 orang guru teknikal yang mengikuti kursus Program Pensiswazahan Guru di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Data yang diperoleh melalui instrument soal selidik telah dianalisis untuk mendapatkan pengukuran frekuensi, min, sisihan piawai dan peratus digunakan untuk melihat tahap sikap, minat dan motivasi guru teknikal. Manakala, ujian-t bebas pula digunakan untuk melihat perbezaan tahap sikap, minat dan motivasi berdasarkan jantina. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap sikap, minat dan motivasi guru teknikal terhadap melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi berada di tahap tinggi. Hasil dapatan menggunakan ujian-t bebas pula menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara guru teknikal lelaki dan perempuan dari aspek sikap, minat dan motivasi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dengan memupuk sikap positif dalam diri serta meningkatkan minat mereka terhadap Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Oleh itu, diharap kajian ini dapat memberi panduan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam membuat kajian yang akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

08-09-2016

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohd Yusop, M., & Abbas, L. N. (2016). KESEDIAAN GURU TEKNIKAL MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PERINGKAT TINGGI . Online Journal for TVET Practitioners, 1(1). https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4759