Kesan Penggunaan Pengurusan Grafik bagi Meningkatkan Prestasi Kemahiran Berfikir Pelajar dalam Subjek Kemahiran Hidup tahun Lima

Authors

  • Ida Rina Md Shukor Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Lutfiah Natrah Abbas Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

kemahiran berfikir, Pengurusan Grafik (PG), kognitif, Taksonomi Bloom, Kemahiran Hidup (KH

Abstract

Kemahiran berfikir menjadi elemen penting dalam dunia pendidikan masa kini. Sehubungan dengan itu kemahiran berfikir seharusnya dilatih bukan hanya dalam kalangan pelajar sekolah menegah tetapi juga pelajar sekolah rendah. Terdapat banyak alat pemikiran yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar untuk meningkatkan tahap kemahiran berfikir pelajar. Oleh itu, kajian kuantitatif berbentuk eksperimen telah dijalankan untuk melihat pencapaian kemahiran berfikir pelajar kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan bagi subjek Kemahiran Hidup Tahun Lima. Pengkaji juga ingin melihat tahap pencapaian pelajar kumpulan rawatan setelah menggunakan Pengurusan Grafik sebagai kaedah rawatan. Pelajar dari Sekolah Kebangsaan Bukit Soga telah terpilih sebagai responden dalam kajian ini. 34 pelajar telah terlibat dalam kuasi eksperimen yang terdiri daripada 17 pelajar kumpulan rawatan dan 17 pelajar kumpulan kawalan telah dipilih melalui persampelan rawak kluster. Ujian pencapaian digunakan sebagai instrumen utama dalam kajian ini. Analisis diskriptif dalam bentuk min, peratusan, dan sisihan piawai digunakan bagi menganalisis data. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam ujian pasca yang dijalankan. Sementara itu, didapati terdapat perbezaan terhadap pencapaian pelajar kumpulan rawatan mengikut aras kognitif Taksonomi Bloom dalam ujian pasca selepas menggunakan Pengurusan Grafik. Secara keseluruhannya dengan menggunakan Pengurusan Grafik dapat meningkatkan 77 peratus pencapaian dalam domain analisis, sintesis dan penilaian pelajar. Didapati juga pelajar lebih berminat terhadap pelajaran dan lebih mudah memahami isi kandungan pelajaran Kemahiran Hidup Tahun Lima dengan menggunakan Pengurusan Grafik. Kesimpulannya, dengan menggunakan Pengurusan Grafik dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

08-09-2016

Issue

Section

Articles

How to Cite

Md Shukor, I. R., & Abbas, L. N. (2016). Kesan Penggunaan Pengurusan Grafik bagi Meningkatkan Prestasi Kemahiran Berfikir Pelajar dalam Subjek Kemahiran Hidup tahun Lima. Online Journal for TVET Practitioners, 1(1). https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4758