Efikasi Kendiri Keusahawanan, Akhlak Keusahawanan dan Kesediaan Penerapan Elemen Keusahawanan: Perbezaan antara Guru Pelatih RBT dan Bukan RBT

Entrepreneurial Self-Efficacy, Entrepreneurial Morality and Readiness to Apply Entrepreneurial Elements: Differences between RBT and Non-RBT Pre-Service Teachers

Authors

  • Zabidi Abdul Wahab SCHOOL OF EDUCATION, USM
  • Siti Zuraidah Md Osman Universiti Sains Malaysia
  • Noor Hazlina Ahmad Universiti Sains Malaysia

Keywords:

Kata Kunci: Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Efikasi kendiri keusahawanan, Akhlak keusahawanan, Kesediaan penerapan, Guru pelatih, Keywords: Design and Technology (RBT), Entrepreneurial self-efficacy, Entrepreneurial morality, Readiness to apply, Pre-service teachers

Abstract

Malay: Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan bidang pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang mewajibkan guru pelatih mengambil kursus keusahawanan. Guru pelatih selain bidang RBT memperoleh elemen keusahawanan melalui kaedah penerapan dalam kursus-kursus lain. Kajian ini adalah untuk menilai perbezaan efikasi kendiri keusahawanan, akhlak keusahawanan, dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan antara guru pelatih bidang RBT dan bukan bidang RBT. Reka bentuk kajian adalah tinjauan deskriptif melalui pendekatan
kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert 5 mata yang ditadbir kepada 176 orang guru pelatih tahun akhir dari dua buah IPG. Data yang dikumpul daripada responden telah dianalisis secara diskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS Versi 26.0. Dapatan deskriptif menunjukkan efikasi kendiri keusahawanan, akhlak keusahawanan, dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan berada pada skor min yang tinggi. Dapatan inferensi bagi perbezaan antara guru pelatih RBT dengan guru pelatih selain bidang RBT pada nilai signifikan p < 0.05 pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga konstruk. Implikasi kajian ini, walaupun tahap skor min semua konstruk adalah tinggi, perlu dikenal pasti mengapakah masih wujud masalah guru yang tidak memiliki efikasi kendiri keusahawanan, akhlak keusahawanan dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan di lapangan. Analisis dan kajian lanjutan dicadangkan untuk menilai hubungan dan pengaruh antara efikasi kendiri keusahawanan dan akhlak keusahawanan dengan kesediaan penerapan elemen keusahawanan. Selain itu faktor-faktor selain efikasi kendiri keusahawanan dan akhlak keusahawanan boleh dikenal pasti hubungannya dengan kesediaan penerapan elemen keusahawanan.

 

English: Design and Technology (RBT) is a Technical and Vocational Education and Training (TVET) discipline at the Institute of Teacher Education (IPG). It requires pre-service teachers to take entrepreneurship courses. The other pre-service teachers acquire entrepreneurship elements through courses that apply entrepreneurial elements. This study aims to evaluate differences in entrepreneurial self-efficacy, entrepreneurial morality, and readiness to apply entrepreneurial elements between RBT and non-RBT pre-service teachers. Survey design being implemented for this study through quantitative approach using questionnaires with a 5-point likert scale. The questionnaires assigned to 176 final year trainee teachers from two IPGs. The data collected from the respondents were descriptively and inferentially analyzed using SPSS Version 26.0 software. Descriptive findings show that entrepreneurial self-efficacy, entrepreneurial morality, and readiness to apply entrepreneurial elements are at high mean score. The differences between RBT and non-RBT pre-service teachers at a significant value of p < 0.05 showed that there was no significant difference for three constructs. The implication of this study necessitates to further identify the actual problems of teachers’ lack of entrepreneurial self-efficacy, entrepreneurial morality, and readiness to apply entrepreneurial elements. Further studies are proposed to assess the relationship between entrepreneurial self-efficacy and entrepreneurial morality with the readiness to apply entrepreneurial elements. In addition, other factors could be further identified which correlates with the readiness to apply the entrepreneurial elements.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Siti Zuraidah Md Osman, Universiti Sains Malaysia

    Senior Lecturer, School of Educational Studies USM

  • Noor Hazlina Ahmad, Universiti Sains Malaysia

    Dean, School of Management USM

Downloads

Published

19-04-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Abdul Wahab, Z., Md Osman, S. Z., & Ahmad, N. H. (2024). Efikasi Kendiri Keusahawanan, Akhlak Keusahawanan dan Kesediaan Penerapan Elemen Keusahawanan: Perbezaan antara Guru Pelatih RBT dan Bukan RBT: Entrepreneurial Self-Efficacy, Entrepreneurial Morality and Readiness to Apply Entrepreneurial Elements: Differences between RBT and Non-RBT Pre-Service Teachers. Online Journal for TVET Practitioners, 9(1), 92-104. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/15984