Pembangunan Aplikasi Android Dalam Membantu Kanak-Kanak Prasekolah Belajar Membaca Sebagai Asas Dalam Bidang TVET

Development of Android Applications to Assist Preschool Children in Learning to Read as A Foundation in the Field of TVET

Authors

  • Suhaizal Hashim FPTV UTHM
  • Nuraini Hanisah Maleki
  • Mohd Hasril Amiruddin
  • Mohd Erfy Ismail
  • Nurul Nadwa Zulkifli

Keywords:

Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), Pra sekolah, Aplikasi Multimedia

Abstract

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk merekabentuk dan membangunkan aplikasi android dalam membantu kanak-kanak prasekolah belajar membaca sebagai asas dalam bidang TVET dari aspek reka bentuk kandungan, interaksi dan antara muka. Kajian ini menggunakan kaedah kajian reka bentuk dan pembangunan produk (DDR) di mana pengkaji memberi tumpuan kepada pembangunan aplikasi android untuk proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan kuantitatif serta reka bentuk pengajaran Model ADDIE. Pengkaji menggunakan kaedah persampelan rawak bertujuan dengan memilih 3 orang staf akademik yang mempunyai latar belakang pendidikan TVET yang sesuai untuk tujuan kajian. Staf akademik ini terdiri daripada 2 orang ahli akademik yang berkemahiran dan berpengalaman luas dalam bidang android kreatif dan seorang ahli akademik dalam bidang pendidikan prasekolah dari institusi pendidikan berkaitan. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan nilai kekerapan dan peratusan berdasarkan borang senarai semak yang telah diedarkan. Setiap item dikelaskan kepada kumpulan dan data kekerapan direkodkan sebagai peratusan. Kajian mendapati bahawa proses dalam menentukan kebolehfungsian aplikasi android ini dalam membantu kanak-kanak prasekolah belajar membaca dari aspek reka bentuk kandungan, interaksi dan antara muka mendapat maklumbalas yang positif dari pakar di mana mereka beranggapan bahawa aplikasi android ini berkesan sebagai salah satu medium bagi pembelajaran secara kendiri. Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh setiap individu sebagi panduan khususnya dalam membantu perkembangan TVET kanak-kanak di peringkat prasekolah lagi.

 

Abstract: From the perspectives of content design, interaction, and interface, this study was undertaken to design and develop an android application to help preschool children learn to read as a foundation in the field of TVET. This study uses the research design and product development (DDR) method where the researcher focuses on the development of android applications for the teaching and learning process using a quantitative approach and the ADDIE Model teaching design. The researcher employed a random sample technique to identify three academic staff members with an appropriate TVET educational background for the investigation. This academic staff is comprised of two highly skilled and experienced academics in the field of creative android and one academic in the subject of early childhood education from an affiliated educational institution. On the basis of a distributed checklist form, frequency and percentage values were used to collect and analyse data. The classification of each item into a group and the recording of frequency data as a percentage. The study found that the process of determining the functionality of this android application in assisting preschool children to learn to read in terms of content design, interaction, and interface received positive feedback from experts, who believe that this android application is effective as one of the mediums for learning self-directed reading. Each individual can utilise the findings of this study as a reference, especially for fostering the growth of TVET among preschool-aged children.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-03-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Hashim, S., Nuraini Hanisah Maleki, Mohd Hasril Amiruddin, Mohd Erfy Ismail, & Nurul Nadwa Zulkifli. (2023). Pembangunan Aplikasi Android Dalam Membantu Kanak-Kanak Prasekolah Belajar Membaca Sebagai Asas Dalam Bidang TVET: Development of Android Applications to Assist Preschool Children in Learning to Read as A Foundation in the Field of TVET. Online Journal for TVET Practitioners, 8(1), 14-24. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/13295

Most read articles by the same author(s)