Pembangunan Profil Berasaskan Modal Komuniti Bagi Mendayaupayakan Wanita B40 Di Batu Pahat, Johor
Development of Profile-Based Community Capital to Empower B40 Women in Batu Pahat, Johor
Keywords:
Pemerkasaan wanita, B40, modal komuniti, kemiskinan, pembangunan profilAbstract
Malay:
Pemerkasaan wanita dalam kalangan kumpulan B40 merupakan salah satu langkah strategik dalam menangani isu kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti secara keseluruhan. Namun begitu banyak program pemerkasaan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan seringkali tidak bertahan lama disebabkan potensi dan kapasiti mereka tidak sesuai dan tidak dapat dimanafaatkan untuk melaksanakan program tersebut. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan profil wanita B40 di daerah Batu Pahat, Johor, berdasarkan pendekatan modal komuniti yang merangkumi tiga komponen utama: modal ekonomi, modal insan dan modal digital. Pembinaan profil ini adalah penting bagi mengenalpasti kapasiti dan potensi wanita B40. Melalui profil ini, pendekatan yang lebih spesifik dan sesuai dapat diambil untuk memperkasakan wanita dalam kumpulan ini. Menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif, seramai 301 responden wanita B40 dipilih secara rawak mudah untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Data dikumpulkan melalui soal selidik yang mengukur ciri-ciri modal komuniti dengan petunjuk seperti frekuensi, min, sisihan piawai, dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap modal ekonomi responden adalah rendah. Sebaliknya, modal insan responden adalah sederhana hingga tinggi, manakala modal digital berada pada tahap tinggi. Penemuan ini menunjukkan bahawa walaupun wanita B40 mempunyai akses yang baik kepada teknologi digital, mereka masih menghadapi kekangan dalam aspek ekonomi yang menghalang penyertaan penuh mereka dalam pembangunan ekonomi. Justeru itu, kajian ini mencadangkan strategi yang lebih holistik dalam pemerkasaan wanita B40, dengan menumpukan kepada peningkatan kapasiti modal ekonomi sebagai asas untuk mengurangkan kemiskinan secara berkesan. Kajian ini memberikan panduan kepada pihak kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), dan sektor swasta dalam merangka program pembangunan yang lebih sesuai dengan keperluan wanita B40. Melalui pendekatan modal komuniti, inisiatif pemerkasaan wanita B40 dapat diselaraskan dengan realiti sosial dan ekonomi mereka, sekaligus menyumbang kepada keberkesanan program pembasmian kemiskinan di Malaysia.
English:
The empowerment of women within the B40 group is a strategic step in addressing poverty issues and enhancing overall community well-being. However, many empowerment programs organized by government agencies often do not last long due to the mismatch between the potential and capacity of the participants and the requirements needed to implement these programs effectively. This study aims to develop a profile of B40 women in the Batu Pahat district of Johor, based on a community capital approach that includes three main components: economic capital, human capital, and digital capital. Constructing this profile is crucial for identifying the capacities and potentials of B40 women. Through this profile, a more specific and appropriate approach can be taken to empower women in this group. Utilizing a descriptive quantitative approach, a total of 301 B40 women respondents were randomly selected to participate in this study. Data were collected through a questionnaire that measures the characteristics of community capital using indicators such as frequency, mean, standard deviation, and percentage. The findings indicate that the respondents' level of economic capital is low. Conversely, the human capital of the respondents ranges from moderate to high, while digital capital is at a high level. These findings suggest that while B40 women have good access to digital technology, they still face economic constraints that hinder their full participation in economic development.Therefore, this study proposes a more holistic strategy for empowering B40 women, focusing on enhancing economic capital as a foundation for effectively reducing poverty. This study provides guidance to government bodies, non-governmental organizations (NGOs), and the private sector in designing development programs that better align with the needs of B40 women. By adopting a community capital approach, initiatives aimed at empowering B40 women can be better aligned with their social and economic realities, thereby contributing to the effectiveness of poverty reduction programs in Malaysia.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Journal of Social Transformation and Regional Development

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.








