Penyertaan Sosial Cina Muslim Kelantan: Inklusiviti dan Eksklusiviti Modal Sosial

Authors

  • Adi Syahid Mohd Ali Universiti Utara Malaysia

Keywords:

penyertaan sosial, inklusiviti, eksklusiviti, modal sosial, Cina Muslim

Abstract

Komuniti Cina Muslim mengalami konflik hubungan yang diandaikan menjejaskan penyertaan sosial dalam modal sosial ikatan dan rapatan mereka. Modal sosial ikatan merujuk kepada hubungan Cina Muslim dengan komuniti asal yang tidak beragama Islam dan modal sosial rapatan merujuk kepada hubungan dengan komuniti komuniti Melayu. Berdasarkan realiti tersebut kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti penyertaan sosial Cina Muslim sama ada berlaku inklusiviti atau eksklusiviti dalam modal sosial ikatan dan modal sosial rapatan mereka. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah gabungan penjelasan berikutan (sequential explanatory mixed method design) dengan menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif untuk menjawab objektif kajian. Kaedah pensampelan yang digunakan ialah pensampelan mudah dan bola salji di mana seramai 75 orang dalam kajian kuantitatif dan lima orang dalam kajian kualitatif. Data kajian dikumpulkan menggunakan borang soal selidik dan temu bual semi berstruktur. Hasil kajian menunjukkan penyertaan sosial responden dalam modal sosial ikatan menunjukkan penyertaan responden adalah inklusif di mana modal sosial ikatan dan rapatan mereka dapat menerima dan menggalakkan responden menyertai dalam sebarang aktiviti sosial. Kajian ini menunjukkan terdapat ruang dan peluang komuniti Cina Muslim untuk meningkatkan modal sosial mereka walaupun pada asasnya berlaku konflik pertukaran agama yang memberi kesan kepada modal sosial mereka.

Downloads

Published

30-07-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohd Ali, A. S. (2024). Penyertaan Sosial Cina Muslim Kelantan: Inklusiviti dan Eksklusiviti Modal Sosial. Journal of Social Transformation and Regional Development, 6(1), 39-48. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/jstard/article/view/16843