Pengetahuan Prinsip Kimia Hijau - Pencegahan, Atom Ekonomi dan Penggunaan Sumber Bahan Mentah Boleh Diperbaharui dalam Kalangan Murid Tingkatan 4 di Malaysia

Knowledge of Green Chemistry Principles - Prevention, Atom Economy, and the Use of Renewable Raw Materials among Form 4 Students in Malaysia

Authors

  • Kartini Abdull Patah Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan , Universiti Teknologi Malaysia,
  • Mohd Shafie Rosli Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan , Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor, Malaysia

Keywords:

Kimia Hijau, Prinsip Kimia Hijau, Ujian Pengetahuan Kimia Hijau

Abstract

Abstrak: Kimia hijau merupakan satu pendekatan pembelajaran penting yang memberi pendidikan mengenai kelestarian alam sekitar melalui implimentasi 12 prinsip yang diperkenalkan sejak penghujung 1990an. Namun kejayaan pendekatan ini bergantung kepada tahap pengetahuan murid-murid terhadap ke semua prinsip yang terkandung dalam kimia hijau. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pengetahuan tiga prinsip kimia hijau dalam kalangan murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran kimia di sekolah. Tiga prinsip tersebut ialah pencegahan, atom ekonomi dan penggunaan sumber bahan mentah daripada sumber yang boleh diperbaharui. Kajian berbentuk kualitatif dijalankan melibatkan 80 murid sekolah menengah. Satu set solan Ujian Pengetahuan _Kimia Hijau (UP_KH) di tadbirkan di dalam kajian ini. Data di analisis secara analisis kandungan.  Dapatan kajian menunjukkan pelajar memiliki pengetahuan yang rendah terhadap prinsip kimia hijau iaitu pencegahan , atom ekonomi dan penggunaan sumber bahan mentah daripada sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Pengetahuan murid mengenai prinsip pencegahan adalah bersifat umum  untuk mencegah pencemaran alam sekitar. Ia memfokuskan tiga aspek umum iaitu tindakan undang-undang, kempen dan pengurusan sisa. Murid mempunyai pengetahuan yang rendah dalam prinsip atom ekonomi dan tidak dapat membuat perkaitan yang betul di antara nilai atom ekonomi dengan tahap keberkesanan suatu tindak balas. Pengetahuan murid juga didapati rendah mengenai sumber bahan mentah boleh diperbaharui dan kepentingan implimentasinya dalam sesuatu tindak balas kimia. Pengetahuan mengenai prinsip-prinsip  kimia hijau adalah sangat penting untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai kedah pencegahan peringkat awal bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

 

Abstract: Green chemistry is an important learning approach that provides education on environmental sustainability through the implementation of 12 principles introduced since the late 1990s. However, the success of this approach depends on the level of students' knowledge of all the principles contained in green chemistry. This study aims to examine the level of knowledge of the three principles of green chemistry among fourth grade students who take chemistry subjects at school. The three principles are prevention, atom economy and the use of raw materials from renewable sources. A qualitative study was conducted involving 80 high school students. A set of questions for the Knowledge Test _Kimia Hijau (UP_KH) was administered in this study. The data was analyzed by content analysis. The findings of the study show that students have a low knowledge of the principles of green chemistry, namely prevention, atom economy and the use of raw materials from renewable energy sources. Students' knowledge of the principle of prevention is general to prevent environmental pollution. It focuses on three general aspects namely legal action, campaigning and waste management. Pupils have low knowledge in the principle of economic atoms and cannot make the correct connection between the value of economic atoms and the level of effectiveness of a reaction. Students' knowledge was also found to be low regarding renewable raw material sources and the importance of their implementation in a chemical reaction. Knowledge about the principles of green chemistry is very important to give early exposure to students about the need for early stage prevention to overcome environmental pollution problems.

Author Biography

  • Mohd Shafie Rosli, Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan , Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor, Malaysia

    Pensyarah Kanan & Penyelia

    Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan , Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor, Malaysia

     

Downloads

Published

05-12-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Abdull Patah, K., & Rosli, M. S. . . (2023). Pengetahuan Prinsip Kimia Hijau - Pencegahan, Atom Ekonomi dan Penggunaan Sumber Bahan Mentah Boleh Diperbaharui dalam Kalangan Murid Tingkatan 4 di Malaysia: Knowledge of Green Chemistry Principles - Prevention, Atom Economy, and the Use of Renewable Raw Materials among Form 4 Students in Malaysia. Journal of Social Transformation and Regional Development, 5(2), 39-49. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/jstard/article/view/15642