Model dan Teori Kecenderungan Berulang dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

Models and Theories of Relapse Among Former Drug Addicts

Authors

  • Muhammad Danial Dasris Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 50603, MALAYSIA
  • Asbah Razali Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 50603, MALAYSIA
  • Noor Eshah Tom Abdul Wahab Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 50603, MALAYSIA

Keywords:

Kecenderungan berulang, ibu bapa, tekanan sosial, tekanan emosi, keberkesanan diri, kawalan diri, kawalan sosial , Relapse, parents, social pressure, emotional pressure, self-efficacy, self-control, social control

Abstract

Beberapa model dan teori telah digunakan oleh kebanyakan pengkaji untuk menerangkan hal-hal yang berkaitan dengan kecenderungan berulang. Dalam memahami konsep tingkah laku berulang, proses tersebut dilihat bukan sahaja disebabkan gangguan faktor luaran sahaja, malah faktor dalam diri penagih dadah itu sendiri dapat memberikan rangsangan dan gesaan terhadap mereka untuk kembali mengambil dadah. Ia merangkumi faktor-faktor kognitif yang melibatkan tekanan yang mereka hadapi seperti masalah emosi negatif, menghadapi konflik interpersonal seperti perselisihan faham, percanggahan pendapat dan matlamat dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan anggota masyarakat dan  mengalami tekanan sosial seperti desakan atau tekanan daripada persekitaran yang berupaya mencetuskan kecenderungan berulang.  Hal ini menjadikan penagih dadah bertindak balas secara negatif. Tanpa kemahiran yang tinggi untuk mengawal tekanan tersebut, kecenderungan untuk berulang menjadi lebih tinggi. Bukan itu sahaja, faktor luaran yang menyumbang kepada tingkah laku berulang termasuklah persekitaran keluarga, sokongan sosial oleh keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Berdasarkan teori kawalan sosial, tingkah laku berulang boleh terjadi disebabkan oleh ketidaksempurnaan dalam proses sosialisasi dalam sesebuah keluarga terutamanya ibu, bapa, sekolah dan agen-agen kawalan sosial utama. Dengan kata lainnya, kawalan sosial yang ketat daripada keluarga, guru, dan masyarakat sehinggalah rakan sebaya dapat mengekang seseorang itu daripada melakukan tindakan yang bertentangan dengan nilai sosial yang ada dan dipersetujui bersama-sama. Ibu dan bapa perlu lebih cekap dalam mengawal tingkah laku anak-anak. Mereka harus lebih mengutamakan hubungan emosi, kawalan dan pemantauan ke atas tingkah laku anak-anak, tegas dalam mendisiplinkan anak-anak dan sekiranya didapati tingkah laku anak-anak adalah bercanggah dengan nilai dan norma, ahli keluarga haruslah memperbetulkan tingkah laku tersebut. Ibu bapa yang tidak mampu melaksanakan tanggungjawab mereka secara konsisten dan berkesan akan membentuk kawalan sosial yang rendah sehingga meningkatkan kemungkinan anak-anak untuk menilai perbuatan negatif adalah sesuatu yang menyeronokkan dan bukan mendatangkan kesan negatif. Perbincangan berkaitan dengan teori dan model tingkah laku berulang di dalam kertas kerja diharap dapat memberikan kefahaman kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan anggota masyarakat dalam usaha membantu bekas penagih dadah keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

A number of models and theories have been applied by most scholars to explain conditions relating to the inclination to relapse. In understanding the concept of relapse behaviour, the process must be seen as not only caused by external factors, but by internal factors of the addicts themselves, which might trigger the stimulus and prompt them to reuse drugs. This covers cognitive factors involving the stress they go through, such as negative emotional issues, interpersonal conflict such as disagreements, clash of viewpoints and goals with family members, peers, and members of society, and social pressure from their environment that increases the inclination to relapse. This then causes the addict to react negatively. Without the proper skills to manage the stress, the inclination to relapse grows. In addition, external factors also can contribute to relapse behaviour, such as family environment, and social support from family, friends, and society. Based on the social control theory, relapse behaviour can occur due to imperfection in the socialisation process within a family, especially with parents, schools, and other main social control agents. In other words, tight social control from family, teachers, society and even peers can restrain someone from acting in contradiction to set and agreed to social mores. Parents must be more competent in managing child behaviour. They must prioritise emotional links, control, and monitoring of their child’s behaviour, be strict in disciplining their child, and if they find their child’s behaviour goes against values and norms, the family must correct such behaviour. Parents unable to carry out their responsibilities consistently and effectively shapes a low social control, increasing the possibility of their child’s evaluation of negative actions as something exciting and without negative consequence. The discussion on the theories and models of relapse behaviour in this paper can hopefully provide further enlighten families, friends, and members of society to help former addicts escape the problems they are facing.

Downloads

Published

08-08-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Dasris, M. D. ., Razali, A., & Abdul Wahab, N. E. T. . (2023). Model dan Teori Kecenderungan Berulang dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah: Models and Theories of Relapse Among Former Drug Addicts. Journal of Social Transformation and Regional Development, 5(1), 15-26. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/jstard/article/view/14414