Intervensi Fleksibiliti Pendidikan Digital Merintis Kemahiran Kebolehpasaran Graduan

Authors

  • Nor Shela Saleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohd Shafie Rosli Universiti Teknologi Malaysia
  • Khairunesa Isa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Thuaibah Abu Bakar Universiti Teknologi Malaysia
  • Azlah Md. Ali Universiti Teknologi Malaysia
  • Arwansyah Kirin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Covid-19, pendidikan konvensional, pendidikan atas talian, intervensi, mahasiswa

Abstract

Kemunculan pandemik Covid-19 secara drastik menyebabkan gangguan kepada pelbagai sektor termasuklah sistem pendidikan. Sistem pendidikan berubah daripada landskap konvensional kepada secara atas talian bagi memenuhi kelestarian sistem pendidikan. Walaupun begitu, wujud kelemahan dan kekurangan termasuklah kelancaran interaksi dan komunikasi yang melibatkan pensyarah serta mahasiswa. Kajian ini meneliti tiga objektif utama iaitu mengenalpasti tahap interaksi pelajar dengan pensyarah, mengenalpasti tahap interaksi pelajar dengan pelajar serta mengkaji taburan perubahan intervensi kajian tindakan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik. Dapatan kajian dianalisis menggunakan deskriptif dengan melihat nilai min, kekerapan dan peratus. Seramai 45 orang pelajar daripada satu seksyen Kursus Pengantar Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia bagi kemasukkan semester khas tahun 2021. Hasil kajian membuktikan interaksi pelajar mengalami perubahan positif berdasarkan dapatan pra dan pasca ujian yang dijalankan. Taburan dapatan kajian tindakan juga memperlihatkan peningkatan yang baik antara pra dan pasca ujian. Ini jelas membuktikan intervensi yang menekankan aspek fleksibiliti adalah berkesan dan memberi perubahan kepada persepsi kepuasan interaksi pelajar semasa belajar secara atas talian.

Downloads

Published

15-12-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Nor Shela Saleh, Mohd Shafie Rosli, Khairunesa Isa, Thuaibah Abu Bakar, Azlah Md. Ali, & Arwansyah Kirin. (2022). Intervensi Fleksibiliti Pendidikan Digital Merintis Kemahiran Kebolehpasaran Graduan. Journal of Social Transformation and Regional Development, 4(2), 37-50. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/jstard/article/view/13102