Penyelenggaraan Bangunan dalam Pengurusan Fasiliti: Elemen Mempengaruhi Kualiti Amalan Penyelenggaraan Bangunan
Keywords:
Penyelenggaraan bangunan, pengurusan am, pengurusan staf, kewangan, pengurusan kontraktor, teknikal dan teknologi, bangunan dan kesedaranAbstract
Amalan penyelenggaraan bangunan adalah komponen utama yang dapat menentukan prestasi dan kualiti sebuah organisasi atau bangunan. Namun begitu, tanpa pemahaman dan kemahiran yang diperlukan, matlamat sebenar penyelenggaraan tidak dapat dicapai. Artikel ini menerangkan elemen yang mempengaruhi amalan penyelenggaraan bangunan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan literatur yang berkaitan dengan amalan penyelenggaraan bangunan terbaik. Dapatan kajian ini adalah tujuh elemen iaitu elemen pengurusan am, pengurusan staff, kewangan, pengurusan kontraktor, teknikal dan teknologi, bangunan dan kesedaran. Hasil data ini menunjukkan bahawa gabungjalin diantara elemen ini akan menjadikan amalan penyelenggaraan bangunan yang efisien dan sistematik.