TAHAP KEMAHIRAN HIDUP MASYARAKAT MISKIN DI SABAH DARI PERSPEKTIF PSIKOSOSIAL
Keywords:
Kemahiran Hidup, Masyarakat Miskin, Psikososial, Sabah, Teori Kemahiran HidupAbstract
Tahap kemahiran hidup masyarakat miskin dalam menangani kemiskinan di Sabah masih kurang jelas. Objektif artikel ini adalah untuk menentukan tahap kemahiran hidup masyarakat miskin di Sabah berdasarkan konstruk ukuran yang dicadangkan oleh Teori Kemahiran Hidup oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pata tahun 1998. Konstruk ukuran bagi kajian ini adalah aspek penyelesaian masalah, pembuatan keputusan, ketahanan diri, pemikiran kreatif, kesedaran diri, pemikiran kritis, empati, komunikasi berkesan, keyakinan diri dan kestabilan pemikiran. Seramai 1,210 ketua isirumah terlibat dalam kaji selidik di seluruh Negeri Sabah. Dapatan kajian adalah tiga daripada 10 konstruk kemahiran hidup berada pada tahap tinggi dan selebihnya berada dalam kategori sederhana. Kajian ini penting dalam konteks penilaian tahap kemahiran hidup masyarakat miskin di Sabah dari perspektif psikososial.
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License
Open access licenses
Open Access is by licensing the content with a Creative Commons (CC) license.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.