KESEDIAAN DIRI ANGGOTA MASYARAKAT DARIPADA PERSPEKTIF PSIKOLOGI BERKAITAN BENCANA BANJIR DI DAERAH SEGAMAT

Authors

  • Tuan Pah Rokiah Syed Hussain
  • Baharum Mohamed
  • Hamidi Ismail

Keywords:

Bencana Banjir, Kehilangan Nyawa, Kerosakan Harta, Kesediaan Diri

Abstract

Peningkatan intensiti dan kekerapan bencana banjir kebelakangan ini di daerah Segamat menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa yang signifikan berkaitan dengan tahap kesediaan diri dalam kalangan masyarakat menghadapi bencana banjir. Objektif utama kajian adalah meneliti pengaruh diri masyarakat terhadap aspek kesediaan kognitif, afektif dan psikomotor dalam menghadapi bencana banjir. Seramai 1100 orang sampel masyarakat mewakili 11 mukim terlibat. Hasil kajian mendapati sebahagian besar mukim yang kerap dilanda banjir, menunjukkan hubungan signifikan dengan aspek kesediaan dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Kewujudan pelbagai tahap kesediaan ini bergantung kepada kekerapan kejadian bencana banjir yang berlaku di kawasan mereka. Perkara ini dibuktikan apabila mukim Chaah, Labis dan Pogoh yang tidak menunjukkan sebarang hubungan signifikan antara pemboleh ubah diri masyarakat dengan kesediaan dan menerima hipotesis null kerana kesemua mukim ini jarang dilanda banjir disebabkan topografi yang agak tinggi berbanding mukim lain di daerah Segamat. Hasil kajian ini penting kerana memberi impak terhadap keperluan penambahbaikan rangka kerja bersama dari aspek psikologi dalam Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara sedia ada agar sistem pengurusan bencana banjir masa kini menjadi lebih baik.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain

Pusat Pengajian Kerajaan
Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia

Baharum Mohamed

Pusat Pengajian Kerajaan
Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia


Hamidi Ismail

Pusat Pengajian Kerajaan
Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia

Downloads

Published

09-08-2015

How to Cite

Syed Hussain, T. P. R., Mohamed, B., & Ismail, H. (2015). KESEDIAAN DIRI ANGGOTA MASYARAKAT DARIPADA PERSPEKTIF PSIKOLOGI BERKAITAN BENCANA BANJIR DI DAERAH SEGAMAT. Journal of Techno-Social, 7(2). Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/1202

Issue

Section

Articles