Skip to main content

Transformasi Pekan Parit Raja Untuk Kesejahteraan Hidup Masyarakat

Transformasi Pekan Parit Raja Untuk Kesejahteraan Hidup Masyarakat

Penulis : Haryati Shafii, Nurasyikin Miskam

Harga : RM 44.00

ISBN : 978-967-2110-05-7

Tahun terbitan : 2017

Bil. muka surat : 154 muka surat


Buku ini secara fokusnya menumpukan kesan transformasi pembangunan dan persekitaran yang berlaku di Pekan Parit Raja dari segi perkembangan fizikal, sosial dan ekonomi serta kesannya terhadap kesejahteraan hidup masyarakat setempat yang seharusnya diberi perhatian. Pembangunan yang berlaku di pekan kecil ini melibatkan komponen seperti proses transformasi dan kesejahteraan hidup masyarakat dan dengan komponen-komponen tersebut, pembangunan dapat ditafsirkan dalam konteks perubahan ruang, fizikal, sosial dan ekonomi. Pembangunan yang pastinya diperlukan oleh manusia telah memberi impak kepada tiga unsur utama iaitu sosial, ekonomi dan alam sekitar. Impak tersebut mungkin dalam bentuk yang positif pada sesetengah aspek dan negatif pula pada aspek yang lain. Impak yang negatif secara langsung menyaksikan kesejahteraan hidup masyarakat terjejas. Bagi melihat tahap kesejahteraan hidup penduduk di pekan ini, penunjuk kesejahteraan hidup bagi masyarakat di kawasan Parit Raja dibentuk dan dinilai pada akhir penulisan.