Skip to main content

Buku

Promosi e-Book Penerbit UTHM

PENYEDIAAN GRAF PENYELIDIKAN

PENYEDIAAN GRAF PENYELIDIKAN

Penulis: Amir Khalid
Kategori: Akademik
ISBN: 978-967-2183-53-2

File Size: 5.78 MB
Format: EPUB (e-book)

Sinopsis

Buku ini menunjukkan dengan jelas kaedah dan langkah-langkah untuk membuat pelbagai jenis graf dengan mengunakan perisian ORIGINPRO. Dengan penggunaan kaedah dan langkah-langkah yang betul maka ianya dapat membantu pelajar untuk menyediakan graf dan rajah yang padat, kemas dan tersusun. Penggunaan pendekatan graf yang tepat juga maka akan terhasil graf yang boleh membantu penyelidik dan pelajar untuk menerangkan taburan data penyelidikan yang kompleks terutama perkaitan dan kesan sesuatu parameter kepada parameter yang lain. Selain daripada itu, graf komprehensif yang terhasil juga amat menepati kehendak jurnal-jurnal penyelidikan berimpak tinggi. Buku ini juga membincangkan tip-tip penting semasa penyediaan graf dan memindahkannya ke laporan atau kertas kerja penyelidikan. Buku ini bukan sahaja sesuai untuk pelajar kejuruteraan malah boleh dijadikan rujukan kepada semua pelajar dan penyelidik dari pelbagai bidang yang memerlukan graf yang menarik sebagai medium pembentangan dan penyediaan laporan. Buku ini diusahakan dengan objektif bagi memudahkan dan memenuhi hasrat para pelajar dan penyelidik semasa menyediakan kertas kerja untuk persidangan, penyediaan laporan akhir penyelidikan dan semasa membuat persediaan pembentangan laporan akhir. Diharap dengan kemahiran yang baik oleh pelajar semasa menyediakan graf dan rajah di universiti maka selepas bergraduan para pelajar boleh menggunakan kemahiran ini dan menerapkan penggunaan graf yang berkesan sewaktu bekerja kelak.

MUAT TURUN e-Book

Sila pastikan telefon pintar anda mempunyai aplikasi epub reader seperti Google Play Books untuk membaca fail .epub

Continue reading

PENYEDIAAN GRAF PENYELIDIKAN

Promosi Buku e-Book Penerbit UTHM

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) 1971-2004

Promosi e-Book Penerbit UTHM

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) 1971-2004

PENYEDIAAN GRAF PENYELIDIKAN

Penulis: MohdAzhar Bahari, Ishak Saat
Kategori: Akademik, Sejarah
ISBN: 978-967-2216-81-0
Saiz Fail: 2.49 MB
Format: EPUB (e-book)

Sinopsis

Buku Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1971-2004 merupakan sebuah catatan sejarah tentang salah satu gerakan Islam di Malaysia. Melalui buku ini pelbagai peristiwa yang dirakamkan berkaitan dengan sejarah ABIM diutarakan. Bermula dengan latar belakang penubuhan, sumbangan dan perjuangan serta tribulasi yang dihadapi oleh gerakan dakwah ini dalam memperjuangkan prinsip dan matlamat perjuangan yang mereka yakini. Usaha dilakukan bagi menghasilkan sebuah buku catatan sejarah gerakan Islam di Malaysia bagi memenuhi koleksi khazanah sejarah Malaysia. ang menjadi pegangan ABIM. Penulis cuba merakamkan sebaik mungkin perkembangan sejarah, kegiatan dakwah, kemelut kepimpinan, krisis keyakinan masyarakat dan uslub dakwah yang dilakukan oleh ABIM. Semoga catatan sejarah tentang Angkatan Belia Islam Malaysia 1971-2004 dapat dimanfaatkan oleh mereka yang berminat untuk membuat kajian lanjut.