Skip to main content

Sejarah Penerbit UTHM

Pejabat Penerbit UTHM telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Disember 2002. Antara tugas utama yang diamanahkan ialah menerbitkan buku-buku ilmiah serta bahan berkaitan penerbitan akademik. Penubuhan Pejabat Penerbit ini adalah selari dengan hala tuju universiti dalam memperkasa perkongsian ilmu antara ahli akademik dan komuniti.

Pengarah Penerbit

Sejak penubuhan Pejabat Penerbit UTHM, ia telah diterajui oleh tokoh-tokoh yang berwibawa serta mempunyai keupayaan terbaik dalam memimpin dan mengatur urus hala tuju organisasi. Kepimpinan yang berkesan ini telah menyumbang kepada perkembangan dan pengukuhan peranan Pejabat Penerbit UTHM sehingga mencapai kedudukannya seperti hari ini.

Sepanjang lebih 20 tahun penubuhannya bermula dari tahun 2002, Pejabat Penerbit UTHM telah diterajui oleh:

  1. Prof. Madya Dr. Ahmad Zaidi bin Hj. Johari | 2002 - 2004
  2. Prof. Hj. Mohd Imran bin Hj. Ghazali | 2006 - 2008
  3. Prof. Hj. Ahmad Shakri bin Mat Seman | 2008 - 2009
  4. Prof. Dato' Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi | 2009 - 2010
  5. Prof. Dr. Ismail bin Abdul Rahman | 2010 - 2011
  6. Prof. Dr. Mustafa bin Mat Deris | 2011 - 2012  
  7. Prof. Madya Dr. Rozilah binti Kasim | 2013 - 2014
  8. Prof. Madya Dr. Sapi'ee bin Jamel | 2015 - 2017
  9. Prof. Ts. Dr. Amir bin Khalid | 2017 - 2023
  10. Prof. Madya Dr. Akmal Nizam bin Mohammed | 2023 - 2025
  11. Prof. Ts. Dr. Norzila binti Othman | 2025 - kini

Visi & Misi

Visi

Menjadi penerbit ilmiah tersohor

Misi

Sebagai pemangkin budaya penerbitan dalam kalangan ilmuan dan saluran utama bagi menerbitkan karya-karya ilmiah berkualiti

Objektif Kualiti

  1. Melaksanakan aktiviti penerbitan buku ilmiah dengan sekurang-kurangnya menerbitkan SEPULUH (10) judul buku ilmiah dalam setahun;
  2. Melaksanakan aktiviti penerbitan bahan bantu mengajar dengan sekurang-kurangnya menerbitkan SEPULUH (10) judul modul dan buku teks dalam setahun;
  3. Melaksanakan aktiviti penerbitan jurnal & prosiding dengan sekurang-kurangnya menerbitkan SATU RIBU (1000) artikel jurnal & prosiding dalam setahun;
  4. Melaksanakan aktiviti pemasaran bahan terbitan Pejabat Penerbit dengan sekurang-kurangnya melaksanakan LIMA (5) kali aktiviti pemasaran dalam setahun;
  5. Melaksanakan program-program latihan berkaitan penerbitan untuk staf universiti sekurang-kurangnya DUA (2) kali setahun.